Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Oleh Nurhayati Abllah
Tarikh: 2010/08/25
IPOH: Program Semarak Ramadan Berita Harian diteruskan lagi ke Perak apabila tetamu termasuk 200 anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Indah, Ampang, di sini, malam semalam.
Program anjuran bersama Berita Harian, Kumpulan AmBank serta beberapa penaja seperti Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS), Yusuf Taiyoob dan MKT Link Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu meraikan lebih 150 kariah surau berkenaan dan penduduk sekitar Taman Desa Indah selain kira-kira 15 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Mubaroqah Rapat Setia.
Pada majlis itu wang tunai dan beras, kurma, sabun pencuci dan biskut disumbangkan kepada surau dan rumah anak yatim berkenaan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, berkata MBI berasa bertuah kerana terpilih untuk bersama Berita Harian dan AmBank menjayakan program Semarak Ramadan yang julung kali diadakan di Perak.
Katanya, sumbangan itu pastinya menggembirakan pihak surau dan anak yatim serta pengurusan rumah berkenaan kerana dapat meringankan beban mereka.
Saya mengharapkan lebih banyak sumbangan seumpama ini dapat diberikan pada masa depan, katanya berucap pada program berkenaan di surau itu, malam tadi.
Hadir sama Pengarah Hal Ehwal Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali; Pengurus Besar AmIslamic Bank, Datuk Zainal Abidin Mohamed; Pengarang Berita, Berita Harian, Mutazar Abd Ghani; Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Abdul Rahim; Pengerusi Surau Al Hidayah, Zulkifli Ahmad dan Pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Mubaroqah Rapat Setia, Norhayati Saad.
Sempena program itu, Kumpulan AmBank memberi sumbangan RM3,000 kepada Surau Al Hidayah dan RM1,000 kepada Rumah Anak Yatim Baitul Mubaroqah Rapat Setia yang disampaikan oleh Syed Anuar.
BERNAS pula menyumbang 50 kampit beras, Yusuf Taiyoob menyumbang kurma, MKT Link menyumbang sabun pencuci dan Hotel Heritage Ipoh menyumbang biskut kepada surau dan anak yatim.
MBI pula menyediakan jamuan berbuka puasa dan memberikan duit raya kepada kesemua anak yatim yang disampaikan Roshidi yang turut mengumumkan sumbangan MBI sebanyak RM10,000 kepada pengurusan Surau Al Hidayah.
Terdahulu pada sebelah petangnya, Roshidi bersama Syed Anuar, Mutazar serta kakitangan Kumpulan AmBank mengadakan lawatan ke tapak Bazar Ramadan Rapat Setia dan mengagihkan apron sumbangan Petronas Gas Bhd serta topi dan barangan daripada Kumpulan AmBank kepada peniaga bazar Ramadan itu.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/200anakyatimdiraikan/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Memaparkan catatan dengan label Anak yatim. Papar semua catatan

Khamis, 26 Ogos 2010
Anak Yatim
Anak Yatim
1. Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di surga seperti dua jari ini. (HR. Bukhari)
Penjelasan:
(Rasulullah Saw. menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya).
2. Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)
3. Aku dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat bersama-sama pada hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah). Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak mau kawin lagi. Dia seorang yang berkedudukan terhormat dan cantik namun dia mengurung dirinya untuk menekuni asuhan anak-anaknya yang yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah tangga) atau mereka wafat. (HR. Abu Dawud dan Ahmad)
4. Harta-benda anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh. (HR. Abu Ya'la dan Abu Hanifah)
5. Tidak disebut lagi anak yatim bila sudah baligh. (HR. Abu Hanifah)
6. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang membutuhkan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya (memperhatikannya) kelak pada hari kiamat. (HR. Ath-Thabrani)
7. Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sodaqoh (zakat). (HR. Al-Baihaqi).
Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) - Dr. Muhammad Faiz Almath - Gema Insani Press

Mahasiswa UiTM beri kelas bimbingan, ceramah motivasi
Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Tarikh: 2010/08/23
MELAKA: Wajah riang anak yatim yang mengikuti kelas bimbingan dan ceramah motivasi sedikit sebanyak dapat mengisi kesunyian di hati mereka sepanjang menyertai program Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Bukit Katil, kelmarin.
Seramai 32 kanak-kanak dan golongan remaja berusia antara enam hingga 17 tahun menyertai program berkenaan yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka.
Program selama enam jam itu menarik minat peserta berikutan pengisian slot program itu menarik minat mereka sehingga tidak membosankan mereka walaupun dalam tempoh agak panjang.
Wakil mahasiswa berkenaan, Khairul Amri Abdul Aziz, berkata seramai lima pelajar termasuk dirinya yang juga Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Kampus Bandaraya serta enam sekretariat membantu dalam program berkenaan.
Katanya, pada peringkat awal, program dijalankan peserta dilihat agak pendiam dan pemalu, tetapi selepas program ‘ice breaking’ mereka mulai menunjukkan kemesraan antara sama lain.
“Kami gembira kerana dapat mendekati golongan anak yatim itu kerana barulah dapat menyelami perasaan mereka dan kehidupan anak-anak ini serta membantu apa yang diperlukan.
“Bagi golongan kanak-kanak, mereka mudah mesra berbanding golongan remaja kerana mungkin sifat pemalu sudah menebal di dalam diri mereka.
“Bagaimanapun, kami menggunakan pelbagai teknik lain bagi mendekati diri mereka semua,” katanya ketika di temui pada sesi motivasi itu.
Khairul berkata, pengisian pada program motivasi berkenaan adalah memberi input mengenai hala tuju mereka tentang pelajaran dan pengajian lanjutan yang bersesuaian dengan pencapaian masing-masing.
Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MahasiswaUiTMberikelasbimbingan_ceramahmotivasi/Article/index_html

Langgan:
Catatan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
15 January 2012. KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat. Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yan...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh: 24 August 2010 . KUALA LUMPUR 23 Ogos – Baju Melayu serta baju kurung daripada fabrik kapas dan son...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini) Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kemb...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan ant...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...