TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label رمضان الإفطار إعداد. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label رمضان الإفطار إعداد. Papar semua catatan

Rabu, 1 Ogos 2012

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar - Siri 05 - 2012


إدريس تالو
Idris Talu 

Persediaan iftar Ramadhan 
رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation. 
เตรียม Ramadhan ศีลอด 
Ramazan'da iftar hazırlığı 

 Kaum ibu yang baru keluar dari pejabat, mencari juadah untuk berbuka.

 Pelbagai jenis juadah tersedia.

 Kuih muih tradisional pun banyak.

 Kuih modern pun ada.

 Siap dengan senarai harga kuih muih yang dijual di sini.

Jualan memuaskan, peniaga pun ceria belaka.

 Kuih muih tradisional.

 Rindukan kuih kampung - Kuala Kangsarlah tempatnya.

 Persediaan in-situ.

 Lagi kuih tradisi.

 Kuih yang jarang dapat  kita lihat
Datanglah ke Kuala Kangsar.

 Para petugas dari Kementerian Kesihatan juga ikut sama untuk mempastikan para peniaga di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar ini mematuhi garis panduan kementerian dalam penyediaan makanan dan kesihatan diri. 

Ini semua dilaksanakan untuk kepentingan semua pihak - penjual/peniaga dan para pembeli.



Bazar Ramadhan Kuala Kangsar - Siri 04 - 2012


إدريس تالو
Idris Talu 
Persediaan iftar Ramadhan
رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.

 Meriahnya suasana di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar. 

Gerai panggang ayam.

 Satay pun ada.

 Ayam golek - bergolek-golek.
دجاج الشواء
رمضان الإفطار إعداد

Roti canai pun ada - panas-panas.

Char Kue Tiaw Pulau Cahaya - enak hingga tak terkata.

Panggang ayam yang menyelerakan.

Masih dengan panggang ayam.

Gerai mertabak pulak - orang mula berbaris.

Mertabak lagi....




Sabtu, 28 Julai 2012

Suasana Bazar Ramadhan Di Kuala Kangsar - Siri 03


إدريس تالو
Idris Talu 
 
Persediaan iftar Ramadhan
 رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.

 Buah-buahan.

Buah-buahan merupakan bahan penting dalam menu kita berbuka puasa dan bersahur dalam menyediakan makanan seimbang yang menjadi keperluan badan kita sepanjang bulan Ramadhan.Oleh itu ianya tidak boleh dianggap perkara enteng. 

  Tembikai biasa dan tembikai susu.

Ambik gambor free
Ambik ayam kena bayor, Yop!

Walau pun dalam keadaan berpuasa, peniaga ayam panggang ini tabah dalam tugasnya memanggang ayam suatu ketahanan yang luar biasa - dengan asap dan kepanasan yang tinggi di samping bara api untuk memanggang ayam-ayam tersebut.

Para peniaga ceria dengan jualannya.

Penulis kagum dengan ketabahan dan keceriaan peniaga-peniaga di Arena Kuala Kangsar ini. Walau pun dalam keadaan penat berpuasa, mereka tetap gigih menjalankan perniagaannya. Alangkah moleknya jika usaha setahun sekali ini diteruskan secara tetap sepanjang masa. 

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan di mana para peniaga kecil ini memulakan satu langkah penting dalam dunia keusahawanan. Kita doakan semoga mereka terus berjaya dalam perniagaan mereka untuk kesejahteraan keluarga dan kemajuan ekonomi negara.

Khamis, 26 Julai 2012

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar - Siri 02 - Tahun 1433 Hijriah - Tahun 2012


إدريس تالو
Idris Talu

Persediaan iftar Ramadhan
 رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.


Gerai Nasi Ayam Pak Yop.

Seperti mana biasa dalam bulan Ramadhan, penulis akan singgah bertamu di Pasar Ramadhan di Kuala Kangsar.

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar diadakan di sebuah bangunan besar beratap tinggi tetapi tidak berdinding. Oleh itu suhunya tidak panas membolehkan pengunjungnya bergerak dengan selesa.

Bagunan Bazar Ramadhan ini dinamakan “Arena Kuala Kangsar”, dulunya dinamakan “Arena Square”.

Di bawah ini penulis paparkan beberapa gambar yang sempat diambil di situ.

Lagi gerai Nasi Ayam.

Walaupun namanya nasi ayam, tetapi ianya bukan bermaksud nasi untuk makanan ayam. Ianya nasi untuk makanan manusia. 

Biasanya nasi ayam mengandungi nasi yang khas yang biasanya dikukus. Lauknya pastilah ayam - kalau tidak akan dinamakan nasi ayam. Ayamnya biasanya ialah ayam panggang bermadu. 

Nampaknya banyak juga gerai untuk menjual nasi ayam di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar.

Gerai menjual lauk pauk pula.

Gerai menjual pelbagai jenis minuman sejuk.

Lagi gerai nasi ayam dengan nama - Nasi Ayam Gunung Pondok.

Gerai cucur udang & kuih.

Cucur udang memang merupakan salah satu makanan kegemaran di Perak. Bancuhan tepung bercampur daun kucai dan udang digoreng agak garing. 

Cucur udang sangat enak dimakan dengan sambal kacang, seakan-akan sambal satay. Ianya juga sedap dimakan dengan sos cili bercampur tumbukan bawang putih bergula.


Selasa, 24 Julai 2012

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar - Siri 01


إدريس تالو
Idris Talu
Persediaan iftar Ramadhan
 رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.


 Bazar Ramadhan di Arena Kuala Kangsar
Inilah bangunan tujuan petang ini.

 Seperti biasa, setiap tahun, penulis coba mengunjungi Pasar Ramadhan Kuala Kangsar di bangunan Arena Kuala Kangsar, di lembah Sungai Perak.

Penulis tiba agak awal, lebihkurang jam 3.30 petang.  Masih ada peniaga yang belum tiba di pasar Ramadhan itu. 

Dalam keadaan cuaca agak mendung penulis selesa mengitari kawasan pasar yang bersih ini.

Kelihatan dalam gambar di bawah, ada peniaga yang baru tiba dengan keretanya, membawa barangan untuk jualannya.

 Pembeli belum ramai lagi.

Pihak berkuasa kesihatan daerah juga nampaknya agak sebok memeriksa agar para peniaga di sini mematuhi piawaian kesihatan untuk kebaikan pengguna yang berbelanja di situ. 

Kelihatan juga beberapa peniaga diberi penerangan dan panduan kesihatan di atas pentas arena tersebut. 

 Suasana ceria di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar.


Setakat ini dulu entri tentang Bazar Ramadhan di Arena Kuala Kangsar. 

Insya Allah kita sambung besok dengan gambar-gambar yang terbaru.

Selamat bersahur dan selamat berpuasa.






CLICK NOW

Tajuk Kegemaran