Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL, utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 5 Julai - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperoleh tempat pertama dengan pencapaian lima bintang melalui sistem peraturan penyelenggaraan data bagi sistem maklumat berkaitan insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) MyMoheS, baru-baru ini.
Naib Canselornya, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, MyMoheS merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi menyokong, memudahkan penyaluran, pertukaran dan perkongsian maklumat antara Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi kerajaan lain.
Katanya, dengan pelaksanaan itu, pertukaran data antara agensi dengan kementerian dapat dilaksanakan dengan bersistematik, mudah dan cepat.
''Sistem MyMohes juga membantu universiti dan pihak kementerian dalam menyediakan perancangan, menggubal dasar dan membangunkan sistem pangajian tinggi dengan lebih berkesan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi MyMohes bagi meraikan 100 kakitangan UMP yang berjaya mencapai kejayaan tersebut di sini, baru-baru ini.
Katanya, pelaksanaan amalan budaya kerja cemerlang menjadi keutamaan dan perlu diteruskan untuk kelestarian organisasi serta seiring dengan matlamat utama sebagai penggerak agenda Pelan Strategik UMP 2011-2015.
''Saya berbangga dengan pengiktirafan itu dengan mencatat markah 97.79 peratus bagi memenuhi kriteria seperti ditetapkan pihak kementerian," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Shamsudin Baharin berkata, data yang dikumpul itu perlu dianalisa dan dijadikan sebagai penanda aras untuk pencapaian Pelan Strategik UMP.
Katanya, universiti itu perlu memberi keutamaan terhadap pencapaian terhadap bidang keberhasilan universiti termasuk penjenamaan bagi mengetengahkan nama UMP ke khalayak masyarakat.
''Kaedah penarafan bintang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu bertujuan melihat tahap kesediaan IPTA dalam pengurusan dan pembekalan data mengikut kategori tempoh masa penghantaran, kesempurnaan dan kualiti data," katanya.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Felda Yakin Pelaburan Di Makkah Untung FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitk...
-
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Penulis blog “ idristalu.blogspot.com ” mengucapkan “ Selamat Menyambut Hari Raya AidilFit...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Arkib 2012/06/23 KUALA KANGSAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini melahirkan rasa bangga...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 30 Oktober 2010. Oleh NAZERI NONG SAMAH, pengarang@utusan.com.my Allahyarham cikgu Ibrahim Omar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan