TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 14 Mac 2010

Buah-buahan di Cameron Highlands

By Idris Ismail Talu

Sebahagian dari buah-buahan yang terdapat di pasar Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.





©idrisismailtalu@2010

Bunga Di Cameron Highlands

By Idris Ismail Talu

Pelbagai jenis bunga yang terdapat di Cameron Highlands.






©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 13 Mac 2010

Periuk Kera

By Idris Ismail Talu

Tumbuhan periuk kera yang dijual di gerai di Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.




©idrisismailtalu@2010

Anak Cucu Berehat di Cameron Highlands

By Idris Ismail Talu

Baru-baru ini anak-anak dan cucu-cucu saya berehat di Cameron Highlands, menikmati cuaca sejuk Cameron Highlands.

Deqna di Jor Dam



Riang di Cameron Highlands.

Deqna and Along

Deqna and ibu



©idrisismailtalu@2010

Anak Cucu Mandi Manda

By Idris Talu
Semasa di Hutan Lipur di Kuala Woh baru-baru ini, anak-anak dan cucu-cucu penulis mandi manda di sungai di situ. Mereka cukup suka berendam di dalam air sungai yang sejuk dalam keadaan cuaca yang agak panas sekarang.









©idrisismailtalu@2010

Asam Gelugur

By Idris Ismail Talu

Buah asam gelugur, biasa kita gunakan dalam masakan tradisi Melayu seperti masak lemak ikan sungai, masak singgang dan berbagai-bagai lagi.




©idrisismailtalu@2010

Menara Condong di Teluk Intan

By Idris Ismail Talu

Sebuah menara di tengah bandar Teluk Intan yang telah mulai condong. Setakat ini penulis belum mempunyai maklumat tentang menara condong ini. Jika didapati, insya Allah akan penulis masukkan ke dalam blog ini.








©idrisismailtalu@2010

Jumaat, 12 Mac 2010

Catcibor

By Idris Ismai Talu

Kalau di Perak, makhluk ini dinamakan catcibor, di sesetengah tempat lain disebut pepatung atau sipatung. Biasa ditemui di kampong-kampong atau di tepian sungai.







©idrisismailtalu@2010

Laksa Goreng Dari Ipoh

By Idris Ismail Talu

Laksa asam memang terkenal di negeri-negeri sebelah Utara Semenanjung Tanah Melayu sejak sekian lama lagi. Makanan favorit semua kaum ini berkuahkan kuah asam yang diperbuat samada dari isi ikan atau isi belut.

Tetapi kini, telah dibuat orang suatu resepi baru yang dipanggil laksa goreng. Laksa goreng mula diperkenalkan di Ipoh sekitar setahun yang lepas dan terus mendapat tempat di kalangan para peminat laksa asam.



Rupanya laksa goreng.

Laksa asam biasa.




©idrisismailtalu@2010

Khamis, 11 Mac 2010

Jenazah Tantawi selamat disemadikan di Baqe' Madinah

Berita ihsan Utusan Malaysia

KAHERAH 11 Mac - Jenazah Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi hari ini selamat dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara- mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW, selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nabi.

Jenazahnya sebelum itu diterbangkan dari Riyadh selepas menghembuskan nafas terakhir semalam, setelah mengadu sakit dada dipercayai akibat diserang sakit jantung.

Sementara itu, jawatan Sheikh Al-Azhar akan dipangku oleh timbalan beliau, Mohamed Wasel sehingga Presiden Mesir, Hosni Mubarah melantik ketua baru institusi Islam tersebut.



Wasel, sebelum ini mengepalai jawatankuasa dialog antara agama Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir yang menghantar sarjananya untuk mengajar di negara dunia Islam.

"Kerajaan biasanya memilih ulama berfahaman sederhana dan apa yang kami minta adalah seorang yang akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan tidak akan berat sebelah kepada kerajaan tetapi mengutamakan kebenaran," kata Sheikh Mahmoud Hamdy Mugahed, bekas sarjana Al-Azhar yang kini menganggotai Parlimen.

Berita seterusnya di: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Ihsan: Utusan Malaysia.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran