TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 17 Disember 2009

Kenangan Lama Di Kuala Lipis - 1970an

By Idris Talu

Gambar ini diambil di rumah En Hamzah (kakitangan Pejabat Pos masa itu) dan isterinya Puan Aishah (kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis) yang kami panggil Kak Chah saja.

Turut serta di rumah Encik Hamzah dan Kak Chah ialah En. Taufik Mohd Jamaluddin (asal dari Jerkoh, Benta - bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis).

Turut hadir seorang kakitangan Majlis Daerah Kuala Lipis (penulis lupa namanya).

Rumah Encik Hamzah terletak di sebelah kiri jalan untuk naik ke Pejabat Daerah Kuala Lipis, berhampiran dengan Balai Polis Baru yang bersetentangan dengan Bukit Residen, di mana terletaknya rumah residen British dahulu yang kini dijadikan Rumah Rehat yang baru.

Penulis menduduki sebuah dari dua buah rumah kuarters milik Jabatan Telekom di kala itu, di atas Bukit Residen tersebut.



Dari kiri, En. Hamzah, di tengah - En. Taufik dan penulis (paling kanan).

Penulis menyuapkan Along (Ikhwan) makan, di rumah En. Hamzah.



©IdrisTalu@2009

Salam Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Selamat menyambut awal Hijrah 1431.

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh baik secara bersama-sama mahu pun berseorangan untuk menegakkan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.





Jika kita renungi semula kehebatan perjuangan junjungan kita, Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat Baginda, dan ahli keluarga Baginda dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini, insaflah kita betapa kerdilnya usaha kita berbanding dengan usaha mereka di zaman permulaan perjuangan menegakkan cahaya Islam.


Semasa berpeluang melawat bekas tempat peperangan di Uhud dalam tahun 2008 dahulu, penulis cukup terharu dengan pengorbanan para sahabat Baginda yang gugur dalam peperangan Uhud, dalam menegakkan syiar Islam dan melindungi nyawa Baginda dari serangan puak Muysrikin. Mereka mempertaruhkan jiwa raga mereka untuk Islam dan Uhud terus wujud menjadi saksi peristiwa tersebut.

Tanpa perjuangan para pejuang ini, mungkin kita yang berada jauh di hujung Selatan benua Asia ini tidak akan menikmati cahaya keagungan Islam.

Sama-samalah kita mensyukuri nikmat Islam ini.

©Idristalu@2009

Tahniah Pasukan Malaysia - Juara Bolasepak Sukan SEA 2009!

By Idris Talu

Tahniah! Kita ucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai perlawanan akhir bolasepak di mana Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 di Vientiane Laos.

Pasukan bola sepak bawah 23 Malaysia telah berjaya mencipta sejarah Sukan SEA apabila memenangi pingat emas pertama setelah menanti sejak 20 tahun yang lalu.

Tendangan kencang pemain pertahanan, Sapiq yang terkena pemain Vietnam dan akhirnya melantun ke dalam goal Vietnam telah memberikan pingat emas kepada Malaysia dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.

Kita menang pingat emas terakhir dalam acara ini, ialah dalam tahun 1989 di Kuala Lumpur.

©IdrisTalu@2009

Rabu, 16 Disember 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXIX

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Ziarah Ke Masjid Quba - Masjid Pertama Dibina oleh Rasulullah


(Keterangan gambar akan dimasukkan nanti - Penulis)































©IdrisTalu@2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXVIII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Keindahan Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah

(Keterangan gambar akan ditambah nanti - Penulis)










































©IdrisTalu@2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-XXVII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Keberangkatan Untuk Ziarah Ke Maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ Dan Beribadah Di Masjid Nabawi Di Madinah.


(Keterangan mengenai gambar-gambar akan dibuat nanti - Penulis)










































©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran