TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 8 Ogos 2010

Anak-Anak Membawa Kami Bercuti Di Cameron Highlands

By Idris Talu.

Anak-anak penulis telah merancang membawa ibubapa mereka berehat di Cameron Highlands. Kami seleluarga menginap di sebuah homestay di Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.


Bahagian hadapan Orchid Homestay yang kami diami.

Tanda nama homestay tersebut.

Bahagian depan kedai.

Ruangan depan bilik yang disediakan menghadap nurseri strawberi.

Penyewa boleh bersantai di luar bilik jika mahu.

Salah satu bilik tidur yang disediakan oleh Orchid Homestay.

Hiasan bahagian dalam homestay tersebut.

Satu lagi bilik tidur - cukup selesa.

Ruangan tamu yang luas.

Di antara tanaman hiasan di sekeliling homestay.



Medinilla beamanii tumbuhan asli Sabah dan Sarawak, ditanam di Cameron Highlands. 

Di habitat asalnya di Sarawak dan Sabah, medinilla beamanii ini tumbuh bebas di dalam hutan dan di tepi jalan.


Antara sudut berbunga cantik di homestay yang kami diami.

Ada pohon limau berbuah di tepi bilik yang disewakan.

Limau yang cantik.

Anthurium yang telah berbunga dan berseri.

Sebuah kolam ikan yang kecil tetapi menarik.

Lapangan untuk para pengunjung bersantai.

Pengunjung boleh duduk-duduk sambil menikmati tea Cameron yang nikmat itu.

Strawberi yang subur di hadapan pintu bilik para pengunjung.

Ada yang sudah sedia untuk dipetik. Tetamu boleh membeli strawberi di sini.

Sekuntum dahlia kuning.

Limau Cameron Highlands.

Buah beri yang masih muda.

Beri yang hampir masak di tepi bilik sewaan anda.



Lagi buah beri.



Entah apa namanya?

Sejenis orkid yang ditanam di sini.



Buah apa ya?




Pelbagai produk berasaskan strawberi dijual di Orchid Homestay.


Pelbagai jenis tea disediakan.


Sebahagian dari kedai di homestay ini.
Penulis dan isteri bersama sebahagian dari anak, menantu dan cucu-cucu bergambar bersama tuanpunya Orchid Homestay, En. Rostam bin Odin, di depan homestay miliknya.

Semoga Orchid Homestay terus dikenali ramai, baik dari dalam negara mahu pun dari negara luar.
Kepada bakal pengunjung, Orchid Homestay boleh dihubungi melalui telefon 05 4911958 atau melalui mobile 013 635 8322.

Khamis, 5 Ogos 2010

Hentian Sungai Perak Arah Selatan

By Idris Talu.
Hentian Sebelah Sungai Perak Arah Selatan kini telah diubahsuai untuk memudahkan pergerakan pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Hentian Arah Utara dan Hentian Arah Selatan.



Pintu masuk ke Surau, tandas, gerai-gerai jualan dan kemudahan lain di Hentian Sungai Perak Arah Selatan.
Laluan beratap.

Gerai buah-buahan di R & R.

Kraftangan juga dijual di sini.

Pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang segar.

Lanskap menarik di R & R Sungai Perak ini

Tanaman hiasan di sini.






Cukup menarik.
Kemudahan untuk turun ke Sungai Perak.

Pengguna lebuhraya boleh berehat sebentar di tepi Sungai Perak.

Kalau hendak memancing pun sempat.



Jalan laluan antara Hentian Arah Utara & Arah Selatan.

Laluannya beratap dan cantik.

Berhampiran Jambatan Sultan Azlan Shah.

Sebahgian dari R & R Arah Selatan.

Dekorasi tumbuhan di R & R Sunga Perak.

Susunan yang cantik.











Hentian Arah Selatan dilihat dari Hentian Arah Utara.

Idris Ismail Talu

Agrofest Negeri Perak 2010

By Idris Talu

Petang tadi, penulis melawat ke Agrofest peringkat negeri Perak di Sungai Siput Utara.



















Rabu, 4 Ogos 2010

Jaminan halal

Sumber: Berita Harian Malaysia.

Oleh Mohd Azis Ngah, azis@bharian.com.my

Tarikh: 2010/08/01

Alat HaFYS kesan DNA babi dengan tepat, bantu pastikan restoran tepati piawaian Syariah





AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini.

Persoalannya, selain logo halal disahkan kerajaan, apakah ada cara lain dapat membantu menangani isu ini, khususnya mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan? Jawapannya - alat HaFSY atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Malah, pada tempoh terdekat ini, jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

Alat itu sebenarnya adalah pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak.

Ia dibangunkan IPPH selama lebih setahun yang terbukti berkesan, pantas mendapatkan keputusan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk akan dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Kini, ia cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak.
Bersesuaian moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam) sudah menceritakan kelebihannya.

Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin PCR dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam.

Bak kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.

“Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.

“Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, ramai pengguna yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dikatakan DNA iaitu bahan baka di dalam tubuh manusia dan hampir semua organisma lain.

Maklumat dalam DNA disimpan sebagai kod yang terdiri daripada empat asas kimia iaitu Adenine (A), Guanine (G), Citosin (C), dan Thiamin (T).

Jika dibuat kajian saintifik terhadap sesuatu produk dan ada jujukan atau urutan DNA daripada sumber haram dan sepadan dengan rekod DNA babi, secara automatik ia akan menunjukkan laporan positif. Begitu juga sekiranya ada DNA dari haiwan lain yang haram dimakan mengikut syarak.

Dr Yaakob menjelaskan, IPPH menjalankan penyelidikan mengikut kaedah penentuan kehadiran DNA daripada spesis haiwan yang tidak halal seperti babi bagi mengesahkan kehadirannya.

“Kami reka bentuk primer dan ‘probe’ (alat siasatan) sepadan dengan jujukan DNA babi. Seterusnya analisis lanjut Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris, dijalankan bagi menentukan sama ada wujud DNA babi dalam sesuatu produk halal. Hanya ada dua keputusan tepat iaitu positif atau negatif,” katanya.

Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.

Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.

Banyak pihak dikatakan mempunyai alatan PCR dalam menjalankan kajian makmal, tetapi produk HaFYS yang lebih terperinci diakui satu satunya produk di dunia yang dikhaskan kepada mengesan DNA babi.

“Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

“Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal. Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” katanya.

Ketika ini produk ini yang mendapat kerjasama daripada sebuah syarikat di Utah, Amerika Syarikat sudah pun diluluskan dan bersedia memasuki pasaran tempatan serta antarabangsa.

'Berpotensi jadi kaedah piawaian antarabangsa'

PRODUK pengesan produk halal atau haram melalui pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA), HaFYS (Halal Verification System) berpotensi dipasarkan serta digunakan di seluruh dunia berdasarkan kaedah penggunaannya yang tepat dan mudah.

Ketika ini, produk hasil kajian dan penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sudah mula diperkenalkan di serata dunia termasuk kepada 80 peserta luar negara mewakili agensi persijilan halal sempena MIHAS 2010, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah IPPH merangkap penyelidik, Prof Madya Dr Shuhaimi Mustafa, berkata pihaknya banyak bekerjasama dengan negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Turki dalam usaha mengenengahkan penggunaan HaFYS.

Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan penting dalam menentukan status produk halal dilihat sebagai peluang keemasan untuk memantapkan penggunaan produk halal di peringkat tempatan dan luar negara.

“Kami mempunyai hubungan erat dengan JAKIM dan bekerjasama memberikan penerangan dan melatih pegawai mereka dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

“IPPH cukup yakin, melalui JAKIM, produk HaFYS ini berpotensi menjadi kaedah standard dan boleh digunakan di seluruh dunia. Walaupun JAKIM mengeluarkan cop Halal tetapi bagaimana kita nak pastikan produk mereka betul betul halal,” katanya.

Selain itu, IPPH turut menganggotai banyak jawatankuasa di JAKIM serta bertanggungjawab melatih pegawai agensi itu dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

Katanya, kaedah penggunaan produk itu dilihat menepati cita rasa masyarakat kerana pengguna hanya perlu memasukkan sampel kecil produk ke dalam tabung kecil sebesar batang pen sebelum meletakkannya ke dalam pemegang khas.

“Sampel itu dimasukkan ke dalam tabung kecil yang mengandungi semua bahan kajian, ia akan mengesan sebarang unsur DNA babi. Itulah yang membezakan produk ini kerana PCR kami adalah satu satunya mesin mempunyai ‘primer dan probe’ yang khas untuk DNA babi,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh bagaimana ikan patin dan ikan keli yang didakwa diberi makanan bercampur unsur babi boleh dikesan sama ada mempunyai DNA haram atau tidak dengan cara mengkaji salah satu daripada sampel makanan, perut ikan, air kolam, lendir pada ikan dan lumut.

Dalam erti kata mudah, produk HaFYS akan dapat mengesan dengan tepat jika terdapat anggaran unsur DNA babi dalam sebarang produk dengan catatan bacaan 0.001 peratus ataupun satu auns (0.04 gram) bagi setiap satu kilogram.

Kesimpulannya, dalam konteks sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

Itu bermakna konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam al-Quran menepati makna sebenar produk halal yang tidak perlu diragui.

Info


Kaedah lain mengesan unsur haram


•Protein (ELISA)

•Lemak (Kromatografi, FTIR)

•Electric Nose

•Alkohol (GC)

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)


•Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal

•Ditukar nama kepada IPPH pada 2006

•Skop kajian:
1) Makanan
2) Pakaian
3) Kosmetik

•Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

Produk HaFYS


•Setiap mesin bernilai RM50,000

•Satu cartridge bernilai RM200

•Berat maksimum mesin: 4 kilogram

•Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.

•Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jaminanhalal/Article/index

Isnin, 2 Ogos 2010

Pengambilan Pelajar Baru Untuk Semester September 2010

Gambar-gambar disiar semula ihsan dari Blog OUM Perak Online Community

Berita sepenuhnya boleh dibaca di http://oum-perak.blogspot.com/

Majlis prebiu yang memberikan maklumat tentang peluang-peluang untuk mengikuti pelbagai program kursus di peringkat ijazah pertama dan lepasan ijazah telah diadakan di pelbagai lokasi OUM di seluruh Malaysia.

Prebiu yang diadakan adalah untuk menjelaskan kepada bakal-bakal pelajar keistimewaan yang mereka boleh perolehi jika mendaftar untuk belajar di OUM.















Para pelajar masih boleh mendaftar untuk pengambilan bagi kemasukan bulan September 2010. Bagi para pelajar yang berada di Perak, mereka boleh menghubungi OUM Perak di Jalan Lim Bo Seng di talian 05-2546006 atau OUM Perak Persiaran Greenhill di talian 05-2490920.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran