TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 5 Januari 2010

Perjalanan Suci Bahagian Ke- XXXVIII

Arafah-Muzdalifah-Mina 1428H/2007
Foto-foto sumbangan sahabat penulis, Tuan Haji Hamzah bin Ahmad dari Teluk Intan
.


Tuan Haji Hamzah dan isteri di depan khemah di Arafah.

Di pondok minuman di Arafah.

Di Muzdalifah.

Berehat di khemah di Mina.


Kenangan di Arafah, Muzdalifah dan Mina

Perjalanan Suci Bahagian Ke- XXXVII

Perjalanan Kelana Jaya - Jeddah - Mekah 1428H/2007
Foto-Foto sumbangan sahabat saya, Tuan Haji Hamzah bin Ahmad, Teluk Intan.

Perjalanan bermula dari rumah, kemudian bertanggah di Kompleks Haji di Kelana Jaya, Selangor. Ahli keluarga dan sahabat handai turut menghantar.




Dalam penerbangan, dengan MAS.

Hotel Al Marwah Naqa di Mekah.

Kediaman selama berada di Mekah.

Suasana Masjid al Haram Mekah.

Suasana malam dalam Masjid al Haram Mekah.

Di Jara'nah.

Di Tana'im.

Di Masjid Tana'im.

Suasana di gerai sayuran di Mekah.

Cikgu di gerai sayuran.

Menghantar barang belian balik dahulu.

Tuan Haji Hamzah dan isteri di depan hotel di Mekah.

Ahad, 3 Januari 2010

Buah Cerapu (Kecupu)

By Idris Talu

Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut, inilah buahnya cerapu.
Dalam bahasa Inggeris ianya disebut sebagai "button mangosteen" atau nama Latinnya ialah "garcinia prainiana". Maklumat tambahan boleh di dapati di Wikipedia.

Buahnya bewarna hijau tua semasa mudanya, berubah menjadi hijau muda bila beransur tua, sehingga menjadi kekuningan seperti warna pinang masak apabila ianya masak.

Buahnya yang muda biasanya dimasak gulai lemak cili api bersama ikan kering atau ikan salai. Sementara buah yang telah masak, selain dimakan mentah, ianya juga boleh ditumbuk bersama sambal untuk mengurangkan pedas sambal tersebut.

Sambal ini sesuai untuk dimakan bersama rebusan seperti rebusan pucuk paku, kacang, atau ulam-ulaman mentah lain seperti jering, petai mahu pun kerdas.

Jika dimakan mentah, rasa buah cerapu agak masam-masam manis, dan buah ini mempunyai getah yang lekit, boleh melekatkan bibir atas dan bibir bawah kita.




Buah cerapu yang masih muda.

Cerapu yang muda.
Young garcinia prainiana

Foto ini diambil di pokoknya.
Young button mangosteen at the tree.

Buahnya tidak besar, lebihkurang sebesar ibu jari kaki.

Cerapu yang telah masak.

Bagi yang gemarkannya, menyelerakan.

Penulis di tepi pokok cerapu.

Blog writer by the garcinia prainiana tree.

Pokok cerapu, seakan-akan pokok manggis.



©idristalu@2010

Desa Corner - Kantin OUM Ipoh

By Idris Talu


Desa Corner di Jalan Lim Bo Seng Ipoh


Walau pun pada mulanya perniagaan agak lembab, berkat kesabaran Tuan Haji Mohamad bin Desa dan keluarga - yang mengusahakan Desa Corner, iaitu kantin untuk kemudahan pelajar dan kakitangan Open University Malaysia, Ipoh, kini menarik nafas lega kerana Desa Corner mula mendapat perhatian warga Ipoh umumnya.

Haji Mohamad Desa, seorang pesara Telekom Malaysia sering di kantin tersebut membantu di mana perlu agar perniagaan keluarganya itu berjalan lancar. Ramai yang datang menjamu selera di Desa Corner dan memanjangkan berita baik tentang keenakan makanan dan layanannya kepada rakan-rakan yang lain.

Desa Corner menyediakan pelbagai makanan, untuk sarapan pagi dan tengahari. Minuman terdiri dari pelbagai jenis mengikut kehendak pelanggannya. Pelbagai jenis makanan lain berasaskan bihun, mee dan kotiau - samada goreng atau sup, juga boleh didapati di sini.

Selamat berjaya kepada tuan Haji Mohamad Desa.


©idristalu@2010

Sabtu, 2 Januari 2010

Pekan Sahari Changkat Jering

By Idris Talu

Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak En. Bakri Saad, penulis bersama isteri dan dua orang anak pun bertolak balik ke Ipoh. Namun begitu, kami singgah dahulu di Pekan Sahari (Pekan Sari) di Kampung Changkat Jering.

Biasalah, penulis suka mencari sayur-sayur kampung, kuih-kuih yang lama tidak dirasa dan sebagainya. Ihsan dan Ikram jadi jurufoto keluarga Idris Talu. Kalau foto tidak elok, jagalah, jurufoto senior yang tidak bertauliah itu akan beri khutbah panjang tentang fotografi.



Jering muda - perfume no. 1 bilik mandi.

Petai segar - perfume no. 2 bilik mandi.

Cempedak kerdil - baka lama kut....

Cempedak kerdil lagi

Paling kiri - paku rawan, tengah - kaduk, kanan - pucuk paku.

Pisang emas cantik, RM2.50 sekilogram.

Satay pun ada dijual di Changkat Jering.

Ikan masin - nak beli tak boleh tawar.

Nak tawar, rendam dulu dalam air.

Penulis blog dan isteri, teringin kacang tanah rebus.

Penulis dan isteri melihat cara membuat kuih tradisi.

Kuih tradisi.

Lemang dan ketupat.

©idristalu@2010

Jumaat, 1 Januari 2010

Majlis Perkahwinan Anak En Bakri Saad

By Idris Talu

Pada hari Sabtu, 26 Disember 2009 yang lepas, penulis bersama isteri dan dua orang anak – Ihsan dan Ikram bertolak ke Taiping untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat penulis, En Bakri Saad di Dewan Perbandaran Taiping.

Sebaik kami tiba di dewan tersebut, hujan turun dengan lebatnya – rahmat Tuhan untuk pasangan yang berkahwin itu. En Bakri dan isteri sedundun warna hijau, macam pengantin pulak.

Selepas bersilaturrahim, penulis, isteri dan anak pun menikmati jamuan makan. Majlis yang kedua tengahari ini. Jamah ala kadar kerana perut sudah cukup gendut.



Dewan Perbandaran Taiping.

En Bakri - segak bergaya.

Hijau sedundun.

Seronok bertemu rakan lama.

Menyambut tetamu.

Antara jemputan yang hadir.

Selepas makan, penulis bertemu rakan-rakan sekerja dahulu.

Haji Jamil, En Zulqurnain dan.........

Bersembang (orang Perak kata belabon) - di luar dewan hujan lebat.

Biasalah, lama tak berjumpa, sembangnya panjang.

Penulis berbual dengan En. Zulqurnain.

En. Zul mula melapor diri kepada penulis di Cameron Highlands awal 1980 (kalau tidak silap ingatan penulis).

Pengantin yang diraikan.

Kena ikut arahan jurufoto.

Semoga berbahagia selama-lamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.



Copyright©idristalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran