Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua.

Novel pendek nukilan Haji Ahmad Murad bin Nasaruddin ini telah diterbitkan pada tarikh 1 June 1954. Novel ini didedikasikan pengarangnya kepada Allahyarham En Yazid bin Ahmad yang telah menjadi korban tentera Jepun semasa mempertahankan tanah airnya.
Novel sejarah ini menceritakan secara panjang lebar tentang kekejaman seorang polis tentera (military police) Jepun di Bandar Ipoh semasa Peperangan Dunia Kedua dahulu.
Novel ini juga menceritakan tentang nasib malang seorang pemuda Melayu bernama Yazid, menantu Pak Deris, yang telah difitnahkan oleh sahabatnya sendiri yang menjadi informer kepada polis tentera Jepun tersebut.
Yazid telah didera dengan pelbagai cara deraan yang penuh dengan azab dan sengsara selama ditahan oleh polis tentera Jepun tersebut.
Kenapa Yazid difitnah? Untuk mengetahui cerita seterusnya, anda perlu membaca novel sejarah ini……..
©idrisismailtalu@2010.