KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan membina lapan lagi Kolej Vokasional (KV) dalam usaha memastikan bekalan tenaga kerja teknikal di negara ini mencukupi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tiga KV itu akan dibina di Johor iaitu Tanjung Piai, Pagoh dan Pasir Gudang manakala lima lagi setiap satu di Pasir Puteh (Kelantan), Kuala Berang (Terengganu), Pekan (Pahang), Dengkil (Selangor) dan Gurun (Kedah).
"Kementerian telah melaksanakan transformasi pendidikan vokasional secara menyeluruh yang merupakan proses rekayasa semula melalui penubuhan KV menggantikan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan memperkenalkan Program Asas Vokasional (PAV).
"Bagi tujuan tersebut 15 buah SMV telah dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional, manakala 15 lagi sekolah menengah kebangsaan akan melaksanakan PAV secara rintis mulai tahun 2012," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sabuti).
Beliau berkata bagi negeri Sarawak, terdapat 188 kekosongan di enam buah SMV dan sebuah Sekolah Menengah Teknik (SMT) sehingga 31 Jan lepas. – Bernama
Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
Kembara Haji 2010 - Cabaran perjalanan untuk mengerjakan ibadat haji melalui jalan darat. Penulis: Mohd Sidek Mohd Salleh. Sumber: Utusan M...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Penulis blog “ idristalu.blogspot.com ” mengucapkan “ Selamat Menyambut Hari Raya AidilFit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan