Oleh Mustafa Kamal Basri, luarnegara@utusan.com.my
DUNIA Arab dan Asia Barat kini terus bergolak dengan pemberontakan rakyat di beberapa negara di rantau itu, yang dilihat tiada kesudahan.
Pemberontakan di dunia Arab bermula di Tunisia yang kemudian menjadi inspirasi kepada rakyat di negara-negara Arab lain untuk bangkit menentang kerajaan atas alasan mahukan pembaharuan dan demokrasi yang lebih luas.
Segala-galanya bermula pada pada 17 Disember lalu, apabila seorang siswazah berusia 26 tahun, Mohammed Bouazizi yang bekerja sebagai penjual sayur dan buah-buahan di Tunisia untuk meneruskan kehidupan setelah puas mencari pekerjaan, bertindak nekad membunuh diri dengan membakar dirinya di hadapan khalayak ramai.
Bouazizi kecewa setelah polis cuba merampas barangan jualannya kerana beliau berniaga tanpa mendapat permit.
Tragedi yang menimpa Bouazizi itu telah meraih simpati orang ramai terutama golongan penganggur muda di negara itu dengan mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan pihak berkuasa itu.
Demonstrasi bantahan yang berterusan di Tunisia itu akhirnya menumbangkan kerajaan kuku besi Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, yang kemudian melarikan diri ke Arab Saudi untuk mendapat perlindungan.
Kebangkitan rakyat di Tunisia itu merebak ke Mesir apabila rakyatnya turut bangkit memberontak sehingga memaksa Presiden Hosni Mubarak disingkirkan.
Selepas itu satu persatu negara Arab lain termasuk Yemen, Bahrain, Maghribri, Syria dan Libya mencontohi Tunisia dan Mesir, apabila rakyatnya bangkit memberontak atas alasan mahukan pembaharuan dan demokrasi yang lebih luas.
Kini timbul persoalan tentang sejauhmana, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab terbabit benar-benar kerana mereka mahukan pembaharuan atau ada pihak luar mempunyai agenda lebih luas bagi memecahbelahkan perpaduan Arab atau ada pihak tertentu dari dalam yang mengeskploitasi konflik di rantau itu demi kepentingan politik peribadi.
Apa yang jelas pemberontakan yang berlaku di rantau itu kini tidak menguntungkan bangsa Arab dan dunia Islam secara umumnya kerana ia mengundang campur tangan luar seperti yang berlaku di Libya.
Malahan demonstrasi bantahan di Yemen dan Bahrain lebih dilihat sebagai satu pemberontakan oleh kaum Syiah untuk berkuasa di negara terbabit dan bukan kerana mahu melaksanakan pembaharuan kerana kemunduran ekonomi kerana Bahrain merupakan sebuah negara kaya dan membangun sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak utama di rantau itu.
Amat malang rakyat di negara-negara Arab sudah tidak dapat membezakan antara kebangkitan membawa pembaharuan dengan pemberontakan, dan antara kebangkitan menghapuskan penindasan dengan menjadi alat kepada pihak tertentu yang mempunyai agenda.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
15 January 2012. KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat. Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yan...
-
Sumber: Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia Bertarikh 6 hb Oktober 1974 Penulis rencana dan gambar: Puan Azah Aziz Pantun-pantun: Allahyar...
-
By Idris Talu Pulang melihat tanah asal leluhur masing-masing memang menjadi impian sesetengah orang. Begitulah juga saya. Datuk ( di...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Jambatan Raja Permaisuri Bainun dibina untuk memudahkan pengguna jalan raya rangkaian Pantai Barat Semenanjung dari Lum...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Source: Berita Harian Malaysia . Tarikh: 2010/10/21 MUAR: Sebanyak 80,282 murid dari 170 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan ...
-
Kita lihat apa yang terjadi dengan ura-ura hendak membakar Al Quran. Video - courtesy Youtube.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan