Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru.

Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Bakar berbual ringan sambil menikmati sarapan. Hawa pagi di JB ketika itu, masih sejuk.
Pada usia senja ini, sarapan memadai dengan makanan yang ringan-ringan sahaja
- not too high calorie.

Sdr Abd Rahim (dari Batu Pahat) dan Sdr Abd Jalil (?) bersarapan.
Hai, ada telor nampaknya!
– makan berdua nampaknya!

Tekun mendengar kuliah dari Sdr Mohd Kahar (yang juga akan bersara). Suasana cukup ceria dalam seminar ini.

Kuliah lagi.......

Sdr Rashid, Sdr Saiful Zezan dan rakan-rakan lainnya, menunggu bas untuk melawat sekitar Johor Bahru.
Tempat pertama yang dilawati ialah Istana Besar.

Bangunan Tabung Haji tesergam indah di Johor Bahru. Lambang kekuatan ekonomi umat Islam di sini.
Melawat ke Johor Bahru rasanya tidak sah kalau kita tidak berkunjung ke Masjid Sultan Abu Bakar yang tesergam indah ini. Selain dari umat Islam yang menjalankan perintah Allah, masjid ini juga menjadi tumpuan para pelancung dalam negara dan juga dari luar negara.
Dibina di atas sebuah bukit kecil, di Jalan Sultan Abu Bakar, betul-betul di tepi Selat Teberau. Ianya mula dibina dalam tahun 1893 (1311 Hijriah) semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (Pengasas Johor Moden).
Kos pembinaan masjid dianggarkan sekitar $400,000 di masa itu. Dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan pembinaan masjid ini ialah selama lapan tahun.
Bangunan masjid dikatakan mempunyai senibina Morrish Victoria yang banyak terdapat di Mesir.Dikatakan juga menaranya seiras bentuk Mamluk Qalaun bercampur Mamluk Bargug.
Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia, dianggarkan sudah mencapai usia 116 tahun. Masih tetap menjadi tumpuan pelancung dari luar mahu pun dalam negara.

Johor Bahru.

Penulis, di tepi Selat Teberau yang penuh dengan kejadian bersejarah itu – bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan, hingga sampai ke tanah hujung, benua besar Asia yang paling Selatan ini.
©idristalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan