Sumber: Utusan Malaysia Online.
KUCHING 18 Okt. - Sebuah lagi hospital umum akan dibina di kawasan Parlimen Petra Jaya bagi menampung keperluan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang semakin meningkat permintaannya.
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju untuk membina hospital berkenaan.
Menurutnya, pembinaan hospital di kawasan itu perlu kerana jumlah penduduk di Petra Jaya kini meningkat kepada lebih 200,000 orang.
"Bagaimanapun, kita masih menunggu pengumuman Kementerian Kesihatan mengenai perkara tersebut meskipun secara dasarnya, ia dipersetujui," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abang Johari memberitahu, kerajaan negeri sedang melakukan proses transformasi ke atas kampung tradisi Melayu di Kuching setanding dengan kampung lain yang maju di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, proses transformasi itu tidak akan sesekali menjejaskan identiti serta imej asal kampung bagi memastikan ia terus kekal terpelihara.
"Bila kawasan kampung itu dimaju serta dicantikkan, ia secara tidak langsung membantu pendapatan penduduk kampung menerusi aktiviti pelancongan dan penjualan produk tempatan seperti kek lapis.
"Namun, janganlah kemudahan yang kita sediakan itu dirosakkan dan dicuri kerana apa yang penting ialah bagi penduduk kampung untuk bekerjasama memelihara kecantikan itu," katanya.
Abang Johari menambah, usaha beliau untuk mentransformasikan bahagian Kuching dalam tempoh 10 tahun akan datang hanya berjaya sekiranya mendapat kerjasama penduduk dan pada masa sama mereka terus hidup bersatu padu.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan