Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 19 Oktober 2010.
Tindakan dilaksanakan selepas mengaku buat kenyataan berbaur perkauman
KUALA LUMPUR: Dua pengetua, masing-masing dari sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, digantung tugas ketika prosiding tatatertib berjalan sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SMKTARP), Kulai kini ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor, manakala pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau (SMBS), Sungai Petani di Pejabat Pelajaran daerah Kuala Muda, berkuat kuasa 23 Ogos lalu.
Beliau berkata, tindakan ke atas pengetua SMKTARP yang kini dalam prosiding tatatertib diambil berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Tindakan ini diambil selepas kerajaan mengambil kira faktor bahawa pengetua terbabit membuat empat kali permohonan maaf dan menarik balik ucapannya kepada pihak berkenaan.
“Permohonan maaf itu dibuat pada perhimpunan mingguan, di bilik gerakan sekolah ketika pertemuan dengan guru bukan Melayu sesi pagi, di kantin sekolah dan dari kelas ke kelas,” katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata, pengetua berkenaan dihadapkan dengan tiga pertuduhan kerana membuat pernyataan yang berbaur perkauman dan diberi peluang untuk membela diri selama 21 hari.
“Pengetua SMBS pula diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan pegawai berkenaan sudah memohon maaf secara terbuka kepada pihak terbabit,” katanya.
Katanya, insiden yang membabitkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.
Ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), beliau berkata, prosiding dan siasatan mengambil masa kerana bagi kes di Kulai, ia membabitkan banyak saksi berikutan kes berlaku pada majlis perhimpunan manakala keterangan yang diterima daripada saksi pula berbeza-beza.
“Biar kita siasat. Orang yang dituduh membunuh pun diberi hak bela diri. Dalam hal ini, sebelum menjatuhkan hukuman, kena tengok situasi sama ada dengan niat nak menghasut atau kerana marah atau kerana apa-apa pun, baru dapat keputusan adil,” katanya.
Beliau berkata, kes itu bukan kerana indoktrinasi daripada Biro Tata Negara (BTN) dan kerajaan tidak bercadang menutup BTN.
Menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Mohamed Nazri berkata, kerajaan tetap akan mengambil tindakan terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee berhubung klip video yang diterbitkannya yang dikatakan mengandungi unsur perkauman.
“Laporan polis sudah dibuat, dan kita sedang kumpul maklumat serta melihat undang-undang berkaitan untuk mengambil tindakan,” katanya.
Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 19 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu Ini bukan dalam cerita arahan Allahyarham P. Ramlee. Ini kampong sebenar di kawasan Kampar, Perak. Nama kampong tersebu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan