Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 2010/09/10
GAINSEVILLE: Seorang paderi Florida yang mengundang kecaman dunia kerana merancang membakar beratus al-Quran esok, berkata beliau mungkin membatalkan hasratnya itu jika Presiden Amerika Syarikat Barack Obama meminta beliau untuk tidak melakukannya.
Terry Jones, Ketua Dove World Outreach Center, memberitahu akhbar USA Today setakat ini beliau belum dihubungi Rumah Putih berhubung rancangannya membakar kita suci Islam itu sempena menandakan ulang tahun kesembilan serangan pengganas 11 September. “Jika Obama meminta kami membatalkannya sudah semesti kami akan menimbangkannya. Saya tidak akan dapat mengabaikan panggilan dari Rumah Putih,” katanya.
Obama semalam memberi amaran tindakan membakar al-Quran akan hanya menguntungkan kumpulan pengganas Al-Qaeda yang didakwa melancarkan serangan terhadap AS pada 2001 itu yang membunuh hampir 3,000 orang.
“Anda tahu, tindakan berkenaan akan mencetuskan keganasan serius di tempat seperti Pakistan atau Afghanistan,” Obama memberita rangkaian televisyen ABC.
Walaupun pelbagai kritikan diterima daripada pegawai tertinggi Amerika Syarikat, tentera, Vatican dan pemimpin agama lain, gereja terbabit sebelum ini menyatakan ia tetap enggan menangguhkan rancangan membakar al-Quran itu.
Jones memberitahu satu sidang media kelmarin gereja beliau menerima banyak mesej yang menyokong tindakan itu.
Jones menjelaskan beliau sudah berdoa untuk mendapatkan panduan sama ada meneruskan acara itu selepas amaran dari komander Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David Petraeus bahawa Amerika Syarikat dan tentera sekutu akan menjadi sasaran balas dendam.
“Kami faham mengenai kebimbangan jeneral terbabit dan kami masih lagi mempertimbangkan mengenainya,” kata Jones tetapi berkata beliau dihubungi seorang askar pasukan khas yang memberitahu beliau bahawa ‘mereka di medan perang 100 peratus di belakang kami.”
Paderi yang pernah menerima ancaman bunuh itu berkata acara selama tiga jam esok itu bertujuan menghantar mesej kepada kumpulan radikal Islam bahawa mereka perlu mematuhi perlembagaan Amerika Syarikat.
“Pembakaran al-Quran ini adalah untuk menarik perhatian bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dan ia adalah masa yang sesuai untuk kami dalam satu cara baru untuk bangkit dan menentang keganasan,” katanya.
Rancangan membakar sejumlah 200 al-Quran yang kebanyakan didermakan kepada gereja dibuat menyusuli satu perdebatan yang membangkitkan kemarahan mengenai rancangan membina sebuah pusat kebudayaan Islam di New York berhampiran dengan tapak bekas Pusat Dagangan Dunia.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GerejakecilFloridasediabatalbakaral-Quran/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu Ini bukan dalam cerita arahan Allahyarham P. Ramlee. Ini kampong sebenar di kawasan Kampar, Perak. Nama kampong tersebu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan