Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 24 September 2010.
KUBANG PASU 23 Sept. - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini akan diukur tahap kesediaan mereka untuk melalui proses pemberian status autonomi mulai awal tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tahap kesediaan itu bergantung pada indeks pentadbiran baik untuk IPTA yang akan dibangunkan sepanjang dua tahun sehingga 2012.
"Selepas itu kita akan lalui satu lagi peringkat pemantapan.
"Sebelum 2015, IPTA yang benar-benar mantap akan diberi kedudukan sebagai universiti berautonomi," katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kerja ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UUM dan The University of Nottingham, Kampus Malaysia dan Uniutama Management Holding Sdn. Bhd. dan MESB Development Sdn. Bhd.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Samsudin Osman dan Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak serta wakil pihak yang terlibat.
Mohamed Khaled berkata, pemberian status autonomi akan dibuat berasaskan dua prinsip iaitu kebertanggungjawaban dan kecemerlangan.
Kata beliau, pihaknya menetapkan beberapa kriteria bagi menentukan kemampuan sesebuah universiti itu untuk bertanggungjawab dalam apa yang dilakukan mereka walaupun mempunyai autonomi.
Menurutnya, beberapa indikator juga akan digunakan bagi menentukan sama ada status autonomi yang diberikan kepada sesebuah universiti menyumbang kepada kecemerlangan termasuk dari aspek tenaga akademik, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.
"Butiran lanjut mengenai proses permulaan autonomi hanya akan diumumkan pada awal tahun depan," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled memberitahu, UUM sedang menyusun pelan transformasi dan hala tujunya dari tahun ini hingga 2020 bagi memantapkan struktur, meningkatkan kualiti pengajian serta penyelidikan universiti tersebut.
Katanya, pelan tersebut bermula dengan penubuhan tiga Sekolah Pengajian Siswazah iaitu Sekolah Sastera dan Sains Awang Had Salleh; Sekolah Perniagaan Othman Yeop Abdullah dan Sekolah Kerajaan Ghazali Shafie.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan ant...
-
Cara menumbuk kebebe Foto ihsan En. Mat Matawai Nenas hijau antara bahan untuk membuat kebebe. Bahan buah -buahan unt...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan