Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 2010/07/11
GUA MUSANG: Kegigihan seorang wanita muda, Tina Chong, 35, mengusahakan dusun durian kunyit di kawasan seluas lapan hektar di Kampung Pulai, dekat sini, memberi pulangan pendapatan lumayan sejak mengeluarkan hasil lapan tahun lalu.
Setiap semusim beliau memperolehi pendapatan lebih RM150,000 dan pasaran durian bermutu tinggi itu dihantar ke Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang dan Republik Singapura dengan harga jualan RM25 sekilogram.
Semasa meraikan rombongan wartawan pelbagai media cetak dan elektronik di dusun duriannya, petang ini, beliau menyifatkan kejayaan itu berbaloi dengan titik peluh yang sekian lama mengusahakan dusun durian berkenaan.
"Memanglah sejak usia belasan tahun lagi, saya minat mengusahakan dusun durian di samping dibantu adik beradik sampai sekarang yang berjaya mengutip buah durian kunyit 1,000 biji sehari sejak musim durian sebulan lalu," katanya.
Tina Chong berkata, beliau menanam 500 pokok durian dengan sebahagian besarnya jenis kunyit bermutu tinggi hingga dapat bersaing dengan pengusaha lain di beberapa negeri pantai barat.
Malah, beliau juga sanggup berjaga malam untuk mengawasi dusun durian itu dari dimusnahkan babi hutan dan kadang kala ancaman harimau terutama di awal malam hingga pagi.
"Saya tidak pernah takut berdepan dengan haiwan terbabit kerana sudah biasa berdepan dengan haiwan itu kerana sejak usia saya belasan tahun sudah lasak mengusahakan tanaman," katanya.
Beliau bercadang untuk menambah kawasan baru untuk ditanam dengan durian kunyit tetapi ia belum diputuskan lagi berikutan kesukaran memperoleh tanah sejak kebelakangan ini.
"Tanah yang saya usahakan ini juga belum mendapat hak milik dan pernah berdepan dengan masalah pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri ini, hingga saya terpaksa merayu jangan berbuat demikian bagi mengelakkan kerugian besar," katanya.
Beliau berkata, Jabatan Pertanian Gua Musang juga telah menyenaraikan namanya sebagai calon untuk Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan tahun ini. - BERNAMA
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahawanwanitaperolehRM150_000semusimhasilduriankunyit/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
4 ulasan:
rajin usaha banyak untung!
salam kenal utk tuan rumah...
@Sonata - Betul tu, rajin, berhemat, fokus kepada matlamat - insya Allah berjaya.
Puan Kamsiah,
Salam kenal kembali, terima kasih kerana sudi singgah di pondok buruk saya ini.
Wassalam,
Idris Talu.
Catat Ulasan