Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Tarikh : 2010/07/18
KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada negeri untuk memutuskan fatwa mengenai modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata peranan JAKIM kini ialah menyelaras pandangan Jabatan Mufti negeri dan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia membabitkan isu berkenaan.
“Mengenai ESQ, kita ikut sistem yang ada, bergantung kepada kuasa negeri masing-masing untuk memutuskan sesuatu fatwa, tetapi buat masa ini hanya Wilayah Persekutuan membuat keputusan dan mewartakannya, manakala di peringkat Persekutuan telah membincangkan isu ini sejak lebih dua tahun lalu.
“Peranan JAKIM dalam isu ini ialah kita cuma menyelaras pandangan Jabatan Mufti negeri dan apa yang diputuskan muzakarah fatwa kebangsaan... terpulang kepada negeri masing-masing untuk mengikut sistem yang ada buat masa sekarang untuk menguruskannya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam dan Perasmian Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Ke-83 di Kota Darul Naim di sini, malam kelmarin. Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mempertahankan pewartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurutnya mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.
Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan maklum balas orang ramai berhubung pewartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lalu, Wan Zahidi berkata, ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.
Terdahulu dalam ucapannya, Wan Mohamad berkata, sejak persidangan berkenaan diadakan pada 1975 hingga kini, antara isu penting yang disepakati serta dijadikan dasar di negeri-negeri antaranya penyelarasan isu halal, pendidikan Islam iaitu KAFA, membanteras ajaran sesat, Bulan Dakwah SeMalaysia dan dakwah Orang Asli, sistem pengajian tahfiz al-Quran, pembangunan keluarga Islam dan pengurusan masjid.
“Sejak 1975, sebanyak 560 kertas kerja sudah dibentangkan bagi tujuan mendapatkan pandangan, persetujuan serta memaklumkan semua ahli persidangan mengenai isu membabitkan dua hala,” katanya
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMserahnegeriputusfatwa/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 18 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan