Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Oleh Haspaizi Mohd Zain, haspaizi@bharian.com.my
Tarikh: 2010/07/18
Kesamaran modul perlu diatasi: Mufti Selangor
KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, tidak menolak kemungkinan negeri lain mengikut keputusan Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) sekiranya kesamaran modul yang dibangkitkan sebelum ini tidak diatasi.
Bagaimanapun, katanya, Selangor setakat ini belum memutuskan untuk mengharamkan ESQ kerana masih menunggu keputusan muktamad Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Malah, baginya, pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, baru-baru ini dianggap masih belum muktamad.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Selangor berpegang kepada prinsip tunggu keputusan muktamad daripada Muzakarah Fatwa Kebangsaan terlebih dulu dan keputusan terbabit dibuat oleh ahlinya.
“Saya difahamkan, masih ada satu lagi kajian yang akan dilakukan dan kita belum membuat keputusan sama ada mahu mengikut Wilayah Persekutuan ataupun sebaliknya. Namun mengikut maklumat yang saya terima, sememangnya terdapat kesamaran dalam modul ESQ seperti yang dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
“Justeru, saya tidak menolak kemungkinan ada negeri lain yang akan mengikut jejak Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ jika modulnya tidak diubah segera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ yang disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan berikutan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Bagaimanapun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam, memutuskan kursus anjuran ESQ itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik syarikat berkenaan.
Mohamad Tamyes berkata, dakwaan yang dibuat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini mempunyai asas kukuh dan ia diperakui oleh beberapa bekas peserta yang pernah mengikuti kursus ESQ bahawa terdapat kesamaran dalam modul yang digunakan syarikat berkenaan.
“ESQ juga ada berjanji akan segera mengubah modul berkenaan, namun mengikut maklumat terkini ia masih belum diubah,” katanya.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegerilainmungkinturutharamkanESQ/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 18 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan