Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh: 2010/07/05
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji cadangan untuk menawarkan pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pelajar dari luar negara sebagai langkah menggalakkan pelajar berkenaan berkhidmat di negara ini sebaik menamatkan pengajian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemberian PR itu bukan untuk semua pelajar, sebaliknya kepada penuntut yang sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) serta yang ditaja kementerian.
"Mungkin kita akan tawarkan mereka berkhidmat sebagai pensyarah atau penyelidik tetapi penawaran bukan kepada semua pelajar sebaliknya pelajar yang benar-benar kreatif serta berkemahiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata di samping usaha untuk menarik minat rakyat tempatan kembali berkhidmat di negara ini, usaha menarik minat rakyat luar berkhidmat di Malaysia juga perlu.
"Kita tidak boleh menghalang rakyat tempatan berkhidmat di negara lain, sekarang kita kena bertindak secara adil dan jujur dengan berusaha mencari bakat dari negara luar pula," katanya.
Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan majlis penyampaian Biasiswa Antarabangsa kepada 125 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Di samping itu, beliau berkata langkah memberikan biasiswa kepada pelajar luar negara juga dapat menarik minat pelajar untuk kekal berkhidmat di negara ini.
Setakat ini, seramai 363 pelajar dari beberapa negara termasuk China, Indonesia, Iran, India, Arab Saudi, Yemen dan Bangladesh telah menerima tajaan biasiswa. – BERNAMA
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPTkajitawarPRkepadapelajarluarnegara/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu Ini bukan dalam cerita arahan Allahyarham P. Ramlee. Ini kampong sebenar di kawasan Kampar, Perak. Nama kampong tersebu...
2 ulasan:
harap-harap Khaled Noerdin tidak terpikat dengan pelajar-pelajar dari Africa, sudahlah ya! Tuanhaji. Lapang budak-budak kita nanti, ha ha ha...
Tuan Haji Hashim,
Mungkin kerajaan ikut jejak langkah kerajaan Arab Saudi yang mengambil pelajar dari seluruh dunia Islam dan tawarkan pekerjaan kepada yang menunjukkan pencapaian yang terbaik.
Saingan yang baik supaya pelajar kita bersaing dalam alam pendidikan.
Mintak maaf, blog kawan belum kemas molek lagi.
Idris Talu.
Catat Ulasan