Selepas musim gugur, pokok-pokok pisang kaki (diospyros kaki) di Cameron Highlands mula berdaun muda dan hampir serentak dengan pertumbuhan daun baru, kuntum-kuntum bunga pisang kaki juga mula bermunculan di ranting dan dahannya.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 18 Mac 2011
Pisang Kaki - Diospyros Kaki - Mula Berbunga
Selepas musim gugur, pokok-pokok pisang kaki (diospyros kaki) di Cameron Highlands mula berdaun muda dan hampir serentak dengan pertumbuhan daun baru, kuntum-kuntum bunga pisang kaki juga mula bermunculan di ranting dan dahannya.
Isnin, 24 Januari 2011
Musim Gugur Bagi Pokok Pisang Kaki Cameron Highlands
Buah pisang kaki di pasaran.http://idristalu.blogspot.com/
Khamis, 2 Disember 2010
Pisang Kaki
Pisang kaki, atau 柿., atau 柿子, atau 감 atau persimmons.Buah yang berbentuk seakan-akan buah tomato atau terong ini disebut sebagai persimmons di kalangan berbahasa Inggeris, disebut sebagai kaki di dalam bahasa Jepun. Kita di Malaysia menyebutnya sebagai pisang kaki.
Sementara di Indonesia ianya dikenali sebagai buah kesemek, buah kaki, malah ada yang menamakannya sebagai buah manggis roti.
Pokok pisang kaki dikatakan berasal dari banyak tempat di dunia ini, yang berasal dari Jepun dinamakan Hachiya 柿., sementara yang berasal dari China disebut sebagai Diospyros kaki atau shizi 柿子 dalam bahasa Mandarin. Sementara di Korea pisang kaki disebut sebagai 감.
Diospyros kaki atau shizi ini kini banyak ditanam di Jepun, China dan Korea, dan rasanya lebih manis.
Tradisi masyarakat Jepun, Korea dan China yang suka mengeringkan buah-buahan untuk stok makanan di musim sejuk (sebelum adanya kaedah penyejuk-bekuan wujud) masih diteruskan sehingga kini. Pisang kaki dalam bentuk buah kering banyak boleh ditemui di pasaraya-pasaraya di negara kita.
Pisang kaki juga dikatakan berasal dari benua Eropah dan Amerika.
Pisang kaki banyak dijual di banyak pasaraya di Malaysia, yang kebanyakannya diimport dari negara luar melalui negara sahabatnya yang menjadi jiran kita. Pembaca blog budiman boleh membaca maklumat selanjutnya di blog Tun Dr Mahathir di:- http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/12/gaza.html
Buah pisang kaki dikatakan berkhasiat tinggi untuk kesihatan tubuh badan. Namun begitu, adalah dinasihatkan jangan memakan buah ini ketika perut kosong.
Pohon pisang kaki atau 감 dalam bahasa Korea sedang berbuahSemasa berkunjung ke Cameron Highlands tidak lama dahulu, penulis berpeluang merakamkan beberapa keping gambar tentang pohon pisang kaki ini. Foto buahnya yang belum masak juga sempat penulis sertakan dalam entri kali ini.
http://idristalu.blogspot.com/
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...