TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Pelita Minyak Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelita Minyak Tanah. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2011

Pelita Minyak Tanah

By Idris Ismail Talu.

Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas.

Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di seluruh negara sehinggalah kerajaan mampu menyediakan kemudahan elektrik keseluruh negara.

Pelita ini digunakan untuk menerangkan kegelapan malam hampir di setiap rumah kampong kerana ketiadaan bekalan elektrik. Bahagian botol kaca di bahagian bawah pelita diisikan dengan minyak tanah. Seurat tali yang diperbuat dari tali guni atau tali jute. Malah ada yang menggunakan bahan kain kapas sebagai sumbunya. Sumbu inilah yang akan dinyalakan pada kadar yang bersesuaian untuk menerangi bahagian-bahagain rumah yang perlu diterangkan pada waktu malam.

Cermin tipis di bahagian atas pelita digunakan untuk mengelakkan api sumbu yang menyala dari terpadam bila ada angin yang bertiup. Ianya perlu dibersihkan kerana biasanya berjelaga selepas digunakan.

Kini pelita ini hanya disimpan sebagai simpanan antik atau pun sebagai lampu ganti bila bekalan elektrik terganggu.

Selasa, 30 Mac 2010

Pelita Tradisi

By Idris Ismail Talu

Pelita tradisi ini biasa digunakan sebelum wujudnya bekalan tenaga elektrik. Ada yang diperbuat dari tembaga, timah atau logam-logam lainnya.

Pelita ini diberikan sumbu - samada diperbuat dari kain atau tali jut atau juga dikenali sebagai tali guni.





Bahan bakarnya pula ialah minyak tanah atau kerosene. Sumbunya dipanjangkan ke dalam minyak tanah di dalam bekas yang kembong itu. Sumbunya dinyalakan sederhana besarnya, ianya akan menyala sehinggalah apinya dipadamkan atau bahan bakarnya habis.

©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran