TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Pelancongan Di Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan Di Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Jun 2012

Mesra dan bersih faktor pikat pelancong: PM


Oleh Shaarani Ismail, Berita Harian Malaysia.
2012/06/01

 YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

SERDANG: Kemesraan pegawai imigresen, pemandu teksi yang tidak bermuram dan merungut ditambah dengan kemudahan tandas yang cukup bersih akan menjadi antara faktor penarik pelancong ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelancongan sangat berkait rapat dengan persepsi dan pengalaman manusia.

“Negara boleh melakukan pelbagai promosi dan pemasaran menarik tetapi mereka yang melalui pengalaman melawat sama ada untuk tujuan perniagaan atau berseronok haruslah merasai pengalaman indah mengenai Malaysia.

“Tiada yang lebih teruk selain pelawat yang balik ke negara mereka dan merungut mengenai kita. Justeru, semua ekosistem meliputi penggiat pelancongan, kakitangan kerajaan dan semua rakyat perlu berada pada ‘gear penuh’ dan memberikan servis terbaik dalam sektor ini” katanya.

Semua ini katanya, akan menjadikan Malaysia pengeluar utama pelancongan global dan terus menjadi destinasi pelaburan, perdagangan dan percutian pilihan masyarakat luar.

Beliau berucap pada Pameran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITE) 2012 di sini, semalam. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Selain itu katanya, rakyat perlu memastikan negara bebas daripada sebarang perbuatan ganas dan menghormati undang-undang bagi menjaga kestabilan negara.
Terdahulu beliau berkata, penganjuran MITE 2012, diharap mampu menjadi pameran pelancongan terbaik di rantau ini dan dunia.

Katanya, melaluinya juga MITE mewujudkan landasan dan rangkaian kerjasama dari segi pembangunan perkhidmatan sokongan, tambah nilai dan perkongsian idea bagi menggalakkan sektor pelancongan.

MITE 2012 berlangsung empat hari menyasarkan 600,000 pengunjung dan menghimpunkan lebih 600 pempamer dari 33 negara serta 120 pembeli khusus dari seluruh dunia.

Sabtu, 10 September 2011

Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia meriah

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 10,000 pengunjung termasuk pelancong asing menghadiri Pesta Pelancongan Tanglung 1Malaysia Ketiga yang berlangsung di pekarangan Pasar Seni, di sini malam ini.

Pesta bertemakan 'Tanglung Batik' itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Yen Yen berkata, pesta sempena perayaan kuih bulan itu merupakan salah satu program yang dirancang dalam usaha mempromosikan budaya negara ini di peringkat antarabangsa.

"Kehadiran ramai pengunjung dan pelancong asing pada malam ini membuktikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia adalah satu kekuatan kepada kita.

"Kepelbagaian ini akan terus diketengahkan sebagai satu produk pelancongan yang menguntungkan kepada negara," katanya.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena pesta kali ini antaranya perarakan tanglung sejauh 2.5 kilometer di sekitar Pasar Seni, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Petaling.

Selain itu, 5,000 pengunjung terawal juga dihadiahkan tanglung rekaan khas berbentuk arnab setiap seorang.

Pesta ini turut diserikan dengan tarian singa dan naga, pertunjukan bunga api serta persembahan nyanyian.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Sabtu, 2 Julai 2011

Tasik Kenyir Menjadi Destinasi kaki pancing

HULU TERENGGANU: Program Boat On The Road akan disenaraikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi memancing dan sukan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan jumlah peserta yang meningkat berbanding tahun lalu.

“Usaha dijalankan penganjur berjaya mempromosikan aktiviti memancing di Tasik Kenyir kerana semakin ramai kaki pancing berkunjung ke sini.

“Jika tahun lalu hanya 50 kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir, kini kerajaan negeri rasa bangga apabila jumlah peserta bertambah kepada 115 buah.

“Malah kejohanan bot laju akan dianjurkan tahun hadapan dan jika tidak mempunyai sebarang masalah, dua acara ini akan digabungkan seterusnya mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi memancing dan sukan air,” katanya pada sidang media Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Boat On The Road di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abd Rahin Mohd Said; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali.

Ahmad berkata, kerajaan negeri berharap ada pemancing akan menaikkan ikan arapaima gigas yang menawarkan habuan RM20,000 pada acara tahun depan.

Pada pertandingan itu, Muhammad Syafiq Izuan Bakar, 19, memenangi tempat pertama kategori individu selepas menaikkan ikan toman seberat 4.3 kilogram untuk menerima wang tunai sejumlah RM12,000.

Bagi kategori pasukan, Kumpulan Alu Cast 2 dari Kuala Lumpur yang menaikkan dua siakap putih seberat lima dan enam kilogram muncul juara untuk membawa pulang RM30,000 berserta hadiah iringan.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Sektor pelancong Malaysia dijangka beri pulangan RM57 billion


SEKTOR pelancongan negara diunjurkan untuk menyumbang RM57 bilion kepada ekonomi negara menjelang akhir tahun ini selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan sektor berkenaan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan negara menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata, tahun lalu negara mencatatkan kehadiran kira-kira 24.6 juta pelancong asing dengan menyumbang sekitar RM56.6 bilion dalam sektor berkenaan.

“Malaysia destinasi pelancongan yang popular di peringkat antarabangsa kerana terdapat pelbagai keunikan yang tersedia di negara kita termasuk destinasi untuk melakukan aktiviti menyelam ke dasar laut.


“Di Asia Tenggara, Malaysia memegang rekod nombor satu sebagai destinasi menyelam paling popular dan di peringkat antarabangsa tersenarai di tempat ketiga selepas Mexico dan Australia,” katanya pada majlis perasmian Expo Menyelam Antarabangsa 2011 (MIDE 2011) di Kuala Lumpur.

Katanya, tahun lalu negara mencatatkan pendapatan RM2 bilion hasil aktiviti menyelam di pelbagai destinasi di negara ini.

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Khamis, 15 April 2010

Sumbangan Sektor Pelancongan Kepada Negara

By Idris Talu
Malaysia telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan, yang membawa masuk sumber pendapatan negara yang telah mencecah lebih RM50 billion setahun itu. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah:-

1. Program “Malaysia My Second Home”
2. Program Pelancongan Pelajaran
3. Pelancongan Pendidikan
4. Pelancongan Agro, dan
5. Pelancongan Sukan.


Pemandangan di atas ialah sekumpulan pelancong dari Barat, di depan sebuah bank di bandar Tanah Rata, Cameron Highlands. Walau pun mereka ini terdiri dari "budget travellers", tetapi kuasa "word-of-mouth" mereka mempunyai kesan yang tinggi dalam menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi Malaysia tercinta.

Oleh itu, kita perlu menjaga sektor pelancongan kita ini agar ianya terus kukuh dengan menjaga keharmonian dalam negara dan kebersihan persekitaran, di samping budaya mesra pelancong. Jauhkan dari budaya mengambil kesempatan ke atas para pelancong yang akan membuatkan mereka jeran untuk datang kembali.

Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara cukup besar. Kita sebagai rakyat biasa juga mendapat nikmat dari perkembangan pesat industri pelancongan ini. Sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara dianggarkan lebih dari RM50 billion setahun.
Ini secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan nilai ringgit kita. Kepada mereka yang kerap melancong ke luar negara, akan faham bagaimana nilai ringgit memberikan faedah kepada mereka.

©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran