By Idris Talu
Setelah "terbang" selama hampir satu jam dengan AirAsia dari Ipoh ke Senai, penulis dan Haji Mustafa menaiki bas ke bandar Johor Bahru.
Ini adalah gambaran yang pertama saya lihat di Johor Bahru, yang saya rakamkan dengan kamera saya.
Kami berada hampir seminggu di Johor Bahru untuk mengikuti "seminar" sebelum dibersarakan.
Sedih? Memang sedih. Semasa kita kuat cergas, tenaga kita diperlukan, kita ditatang bagaikan minyak yang penuh, bila sudah kurang tenaga, "You have to go!"
Inilah ghopanya hotel tempat kami berseminar. Namanya Hotel Selesa. Cukup selesa.
©idristalu@2009
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Memaparkan catatan dengan label Johor Bahru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor Bahru. Papar semua catatan
Isnin, 27 Julai 2009
Johor Bahru - Memori 25 April 2006
By Idris Talu
Pagi hari yang kedua berada di Johor Bahru, selepas solat Subuh, penulis mula mengambil gambar di sekeliling Hotel Selesa. Penulis lupa, tinggal di tingkat yang ke berapa - berbelas tingkat juga rasanya.
Gambar pertama pagi ini penulis ambil arah ke Timur (tak payah ceritalah, takkan matahari naik dari arah Barat?). Matahari baru menunjukkan ghopanya yang masih belum marah lagi, belum panas kata orang.
Matahari makin lama semakin tinggi naiknya. Pulau Singapura juga semakin kelihatan. Semasa di Bali penulis bertanya dengan orang Hindu Bali, pura itu apa maknanya, sebab banyak tempat bernama pura di Bali.
"Pura itu, tempat kami beribadat!" kata orang Hindu Bali itu. Rupanya pura itu ialah "temple" atau "berhala" dalam bahasa kita. Kita sedap menyanyikan lagu "Pura Cendana!". Noktah!
Suasana di sekeling hotel cukup indah. Namun begitu, jalanraya di depan hotel tempat kami menginap sudah riuh dengan kenderaan sejak awal Subuh tadi lagi.
Kononnya ramai rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura - bekerja di sana.
Penulis sendiri tidak tahu nama bangunan-bangunan yang diambil gambarnya - main snap sahaja.
Haji Mustafa.
Hai..... Merah sangat tu Pak Ngah! Tuan Haji Mustaffa dengan baju merahnya. "Orang lama kena garang!" Kata Haji Mus. Teman tak komplen apa-apa!
Idris Talu di Johor Bahru.
Penulis dengan baju biru laut. Biru itu ketenangan. Kawan-kawan dari Johor kata pada penulis, "Engkau ni oghang Johor atau oghang Perak?". Orang Perak, biasanya menyebut Perak, bukan dengan huruf "ra" (jawi) atau "r" (rumi), tetapi dengan huruf "ghen" (jawi), atau "gh" (rumi).
Alhamdulillah, penulis memang biasa terkontang-kanting merata tempat sejak kecil, maklumlah yatim sejak umur tujuh tahun, tahu membawa diri - jumpa kawan Johor, buat cara Johor, jumpa kawan Pahang, "Kawan tak mende le!".
Kalau jumpa kawan dari Temerloh, "Kas ndak kas sebut!" (Saya hendak saya sebutlah!). Bagi dek tokeh restaurant tu carlsberg, tak pengsan!
Pesiaran yang cantik.
Pesiaran - tempat untuk pejalan kaki, kelihatan cukup bersih dan cantik di sekitar Johor Bahru. Rakyat Johor cukup terkenal dengan kebersihan mereka. Penulis diberitahu, kawasan kampung di sekitar Bandar Maharani Muar, cukup teratur, bersih dan menarik.
Pesiaran di Johor Bahru.
Ada yang bertanya dengan penulis, perbezaan antara perkataan "persiaran" dan "pesiaran". Fahaman penulis dari pembacaan majalah-majalah bahasa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, "pesiaran" bermaksud tempat kita bersiar, contohnya jalan-jalan di dalam taman-taman atau kawasan-kawasan perumahan.
Sementara "persiaran" pula benda yang membawa kita bersiar, contohnya bas persiaran, kapal persiaran dan sebagainya.
"Habis tu, macam mana ada Majlis Bandaraya, Majlis Daerah yang berikan nama jalan sebagai "Persiaran"?
No komen! Noktah!
Penulis memohon maaf kepada para pembaca blog ini kerana kurang arif dengan gambar-gambar yang diambilnya. Bak kato oghang Soghomban, "Tak dapek den manolongnyo!"
©idristalu@2009
Pagi hari yang kedua berada di Johor Bahru, selepas solat Subuh, penulis mula mengambil gambar di sekeliling Hotel Selesa. Penulis lupa, tinggal di tingkat yang ke berapa - berbelas tingkat juga rasanya.
Gambar pertama pagi ini penulis ambil arah ke Timur (tak payah ceritalah, takkan matahari naik dari arah Barat?). Matahari baru menunjukkan ghopanya yang masih belum marah lagi, belum panas kata orang.
Matahari makin lama semakin tinggi naiknya. Pulau Singapura juga semakin kelihatan. Semasa di Bali penulis bertanya dengan orang Hindu Bali, pura itu apa maknanya, sebab banyak tempat bernama pura di Bali.
"Pura itu, tempat kami beribadat!" kata orang Hindu Bali itu. Rupanya pura itu ialah "temple" atau "berhala" dalam bahasa kita. Kita sedap menyanyikan lagu "Pura Cendana!". Noktah!
Suasana di sekeling hotel cukup indah. Namun begitu, jalanraya di depan hotel tempat kami menginap sudah riuh dengan kenderaan sejak awal Subuh tadi lagi.
Kononnya ramai rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura - bekerja di sana.
Penulis sendiri tidak tahu nama bangunan-bangunan yang diambil gambarnya - main snap sahaja.
Haji Mustafa.Hai..... Merah sangat tu Pak Ngah! Tuan Haji Mustaffa dengan baju merahnya. "Orang lama kena garang!" Kata Haji Mus. Teman tak komplen apa-apa!
Idris Talu di Johor Bahru.Penulis dengan baju biru laut. Biru itu ketenangan. Kawan-kawan dari Johor kata pada penulis, "Engkau ni oghang Johor atau oghang Perak?". Orang Perak, biasanya menyebut Perak, bukan dengan huruf "ra" (jawi) atau "r" (rumi), tetapi dengan huruf "ghen" (jawi), atau "gh" (rumi).
Alhamdulillah, penulis memang biasa terkontang-kanting merata tempat sejak kecil, maklumlah yatim sejak umur tujuh tahun, tahu membawa diri - jumpa kawan Johor, buat cara Johor, jumpa kawan Pahang, "Kawan tak mende le!".
Kalau jumpa kawan dari Temerloh, "Kas ndak kas sebut!" (Saya hendak saya sebutlah!). Bagi dek tokeh restaurant tu carlsberg, tak pengsan!
Pesiaran yang cantik.Pesiaran - tempat untuk pejalan kaki, kelihatan cukup bersih dan cantik di sekitar Johor Bahru. Rakyat Johor cukup terkenal dengan kebersihan mereka. Penulis diberitahu, kawasan kampung di sekitar Bandar Maharani Muar, cukup teratur, bersih dan menarik.
Pesiaran di Johor Bahru.Ada yang bertanya dengan penulis, perbezaan antara perkataan "persiaran" dan "pesiaran". Fahaman penulis dari pembacaan majalah-majalah bahasa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, "pesiaran" bermaksud tempat kita bersiar, contohnya jalan-jalan di dalam taman-taman atau kawasan-kawasan perumahan.
Sementara "persiaran" pula benda yang membawa kita bersiar, contohnya bas persiaran, kapal persiaran dan sebagainya.
"Habis tu, macam mana ada Majlis Bandaraya, Majlis Daerah yang berikan nama jalan sebagai "Persiaran"?
No komen! Noktah!
Penulis memohon maaf kepada para pembaca blog ini kerana kurang arif dengan gambar-gambar yang diambilnya. Bak kato oghang Soghomban, "Tak dapek den manolongnyo!"
©idristalu@2009
Johor Bahru - Memori 27 April 2006
By Idris Talu
Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru.
Sarapan di Johor Bahru.
Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Bakar berbual ringan sambil menikmati sarapan. Hawa pagi di JB ketika itu, masih sejuk.
Telurnya dua biji!
Sdr Abd Rahim (dari Batu Pahat) dan Sdr Abd Jalil (?) bersarapan.
Hai, ada telor nampaknya!
Sdr Saiful Zezan, Sdr Md Soom, Tuan Haji Mustaffa dan lain-lainnya.
Tekun mendengar kuliah dari Sdr Mohd Kahar (yang juga akan bersara). Suasana cukup ceria dalam seminar ini.
Sdr Pala (pernah bertugas di Kuala Lipis) dan Sdr Abu Bakar, khusyuk benar nampaknya.
Kuliah lagi.......
Masih menunggu bas untuk melawat sekitar JB.
Sdr Rashid, Sdr Saiful Zezan dan rakan-rakan lainnya, menunggu bas untuk melawat sekitar Johor Bahru.
Tabong Haji, Johor Bahru.
Bangunan Tabung Haji tesergam indah di Johor Bahru. Lambang kekuatan ekonomi umat Islam di sini.
Masjid Sultan Abu Bakar
Melawat ke Johor Bahru rasanya tidak sah kalau kita tidak berkunjung ke Masjid Sultan Abu Bakar yang tesergam indah ini. Selain dari umat Islam yang menjalankan perintah Allah, masjid ini juga menjadi tumpuan para pelancung dalam negara dan juga dari luar negara.
Dibina di atas sebuah bukit kecil, di Jalan Sultan Abu Bakar, betul-betul di tepi Selat Teberau. Ianya mula dibina dalam tahun 1893 (1311 Hijriah) semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (Pengasas Johor Moden).
Kos pembinaan masjid dianggarkan sekitar $400,000 di masa itu. Dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan pembinaan masjid ini ialah selama lapan tahun.
Bangunan masjid dikatakan mempunyai senibina Morrish Victoria yang banyak terdapat di Mesir.Dikatakan juga menaranya seiras bentuk Mamluk Qalaun bercampur Mamluk Bargug.
Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia, dianggarkan sudah mencapai usia 116 tahun. Masih tetap menjadi tumpuan pelancung dari luar mahu pun dalam negara.

Idris Talu di pinggir Selat Teberau, Johor Bahru.
Penulis, di tepi Selat Teberau yang penuh dengan kejadian bersejarah itu – bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan, hingga sampai ke tanah hujung, benua besar Asia yang paling Selatan ini.
©idristalu@2009
Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru.
Sarapan di Johor Bahru.Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Bakar berbual ringan sambil menikmati sarapan. Hawa pagi di JB ketika itu, masih sejuk.
Pada usia senja ini, sarapan memadai dengan makanan yang ringan-ringan sahaja
- not too high calorie.
Telurnya dua biji!Sdr Abd Rahim (dari Batu Pahat) dan Sdr Abd Jalil (?) bersarapan.
Hai, ada telor nampaknya!
– makan berdua nampaknya!
Sdr Saiful Zezan, Sdr Md Soom, Tuan Haji Mustaffa dan lain-lainnya.Tekun mendengar kuliah dari Sdr Mohd Kahar (yang juga akan bersara). Suasana cukup ceria dalam seminar ini.
Sdr Pala (pernah bertugas di Kuala Lipis) dan Sdr Abu Bakar, khusyuk benar nampaknya.Kuliah lagi.......
Masih menunggu bas untuk melawat sekitar JB.Sdr Rashid, Sdr Saiful Zezan dan rakan-rakan lainnya, menunggu bas untuk melawat sekitar Johor Bahru.
Tempat pertama yang dilawati ialah Istana Besar.
Tabong Haji, Johor Bahru.Bangunan Tabung Haji tesergam indah di Johor Bahru. Lambang kekuatan ekonomi umat Islam di sini.
Melawat ke Johor Bahru rasanya tidak sah kalau kita tidak berkunjung ke Masjid Sultan Abu Bakar yang tesergam indah ini. Selain dari umat Islam yang menjalankan perintah Allah, masjid ini juga menjadi tumpuan para pelancung dalam negara dan juga dari luar negara.
Dibina di atas sebuah bukit kecil, di Jalan Sultan Abu Bakar, betul-betul di tepi Selat Teberau. Ianya mula dibina dalam tahun 1893 (1311 Hijriah) semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (Pengasas Johor Moden).
Kos pembinaan masjid dianggarkan sekitar $400,000 di masa itu. Dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan pembinaan masjid ini ialah selama lapan tahun.
Bangunan masjid dikatakan mempunyai senibina Morrish Victoria yang banyak terdapat di Mesir.Dikatakan juga menaranya seiras bentuk Mamluk Qalaun bercampur Mamluk Bargug.
Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia, dianggarkan sudah mencapai usia 116 tahun. Masih tetap menjadi tumpuan pelancung dari luar mahu pun dalam negara.

Johor Bahru.
Idris Talu di pinggir Selat Teberau, Johor Bahru.Penulis, di tepi Selat Teberau yang penuh dengan kejadian bersejarah itu – bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan, hingga sampai ke tanah hujung, benua besar Asia yang paling Selatan ini.
©idristalu@2009
Langgan:
Catatan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...










































