TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Hajjah Salbidah binti Kerun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hajjah Salbidah binti Kerun. Papar semua catatan

Selasa, 6 September 2011

Ziarah Ke Kubur Ibu

By Idris Ismail Talu.

Jenazah ibu selamat dikebumikan pada petang hari Selasa 01 Syawal 1432 Hijriyah bersamaan 30 hb Ogos 2011, selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Gua Badak pada sekitar jam 5.58 petang.

Besoknya, pada hari raya kedua (02 Syawal 1432H), sekitar jam 10.00 pagi, sebahagian dari anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu serta cicit-cicit aruah ibu menziarahi pusara ibu yang masih merah tanah kuburnya.

Kami membaca al Quran dan bertahlil beramai-ramai untuk aruah ibu.


Sebahagian dari anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu serta
cicit-cicit aruah ibu.


Membaca al Quran dan bertahlil.






Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh ibu.

http://idristalu.blogspot.com/

Khamis, 1 September 2011

Kenangan Indah Bersama Ibu

By Idris Ismail Talu.

Banyak kenangan manis bersama aruah ibu kami. Hubungan ibu dengan anak-anaknya cukup erat dan mesra walau pun kebanyakan anak-anaknya merantau mencari rezeki di pelbagai tempat di luar Perak.

Ketika penulis berusia enam tahun (belum masuk sekolah rendah), bapa meninggal dunia. Penulis dan dua orang adik terpinga-pinga menempuh usia kanak-kanak. Dengan izin Allah, didikan ibu menjadi panduan kepada kami - anak-anaknya menempuh kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Kenangan - penulis bersama ibu.

Ibu bersama menantu-menantu dan anaknya.

Ahli keluarga kami.

Ibu bersama anak, cucu dan menantu-menantu.

Ahli keluarga.

Antara cucu-cucu Hajjah Salbidah.

Penulis bersama adiknya, Ishak.

Penulis bersama ibu dalam suatu majlis keluarga.

http://idristalu.blogspot.com/

Rabu, 31 Ogos 2011

Ibu Penulis Berpulang ke Rahmatullah

Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini)

Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Allahyarham ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Selasa, 01 Syawal 1432 Hijriah bersamaan 30 Ogos 2011 setelah uzur tua agak sekian lama.

Allahyarham meninggal dunia di rumah adik penulis, Puan Asiah binti Ismail di kampong Gua Badak, Lenggong.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di masjid Kampung Gua Badak sekitar jam 5.58 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut juga.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Allahyarham dan menempatkan ruhnya bersama ruh-ruh orang yang beriman.

Al Fatehah untuk Allahyarham.

Idris Talu.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran