TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Changkat Jering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Changkat Jering. Papar semua catatan

Jumaat, 29 November 2013

PEKAN SARI CHANGKAT JERING, TAIPING

Pekan Sari Changkat Jering, biasanya dibuka dari petang Sabtu hingga petang Ahad setiap minggu. Ianya menjadi tempat pilihan penulis untuk membeli belah hasil keluaran kampung seperti buah-buahan, sayuran, hasil kerja pertukangan dan pelbagai juadah makanan tradisi yang biasa terdapat di kampung-kampung di Perak Utara.


 Pelbagai hasil kampung dijual di sini
Nenas ada, pisang ada, tembikai pun ada.


 Ubi kayu @ kapelo batang.



Di kalangan orang Malaysia, ianya disebut "Ubi Kayu" atau nama botaninya, Manihot Esculenta Crantz. Dalam bahasa Inggeris, disebut cassava.



Ubi kayu juga dikenali sebagai "kapelo batang" di kalangan orang Minang sedangkan pucuknya disebut pucuak parancih. Di kalangan orang Jawa pula ianya disebut singkong.



Sedap atau enak diperbuat sebagai makanan dalam pelbagai bentuk dan nama. Direbus, ditumbuk bersama parutan kelapa serta sedikit gula dan garam, dikepal bulat-bulat, dinamakan getok. Getok boleh dimakan begitu sahaja, boleh juga digoreng.



Dihiris nipis-nipis, dijemur di bawah panas matahari, menjadi kerepek. Ubi kayu diparut atau disagat, dijadikan kuih bingka atau bengkang.

Musim baru bermula di Changkat Jering.

Buah salak Changkat Jering.
Pelbagai jenis buah-buahan di Changkat Jering.

Ikan air tawar yang telah dikeringkan.

Putu Perak @ Putu Piring, kuih tradisi Melayu Perak.

Ketupat pulut atau ketupat palas.

Hasil pertukangan tangan orang kampung - kacip.

Kukur kelapa yang semakin dilupakan orang.

Kenderaan para pengunjung Pekan Sari Changkat Jering.

Pekan Sari Changkat Jering - ihsan Google map.

Kepada pembaca yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), boleh keluar masuk di Exit Changkat Jering.

Idris Talu.

Rabu, 3 Ogos 2011

Pekan Sari Changkat Jering

By Idris Ismail Talu.

Bangunan Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering.

Pekan Sari (Sehari) di kampung Changkat Jering merupakan suatu inisiatif masyarakat Melayu di kampung tersebut untuk turut aktif dalam dunia perniagaan. Walau pun ianya berasal dari pekan sari di Changkat Jering, namun telah ramai pula dari mereka yang memulakan perniagaan di sini telah mengembangkan perniagaan mereka ke pekan-pekan sari di tempat lain pula.

Pekan-pekan sari di dalam negeri Perak Darul Ridzuan ini, seperti juga di negeri-negeri lain dijalankan pada hari-hari yang berbeza. Ada pekan sari yang dijalankan pada hari Ahad, ada pula mengadakannya pada hari Isnin, Selasa dan seterusnya.

Oleh itu, para peniaga pekan sari boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka sebenarnya boleh berniaga sepanjang minggu atau sepanjang pekan sari jika mereka mahu.

Sementara pekan sari Changkat Jering ini pula diadakan pada setiap hari Sabtu. Di sini kita boleh menemukan sayuran tradisi orang Melayu seperti pucuk beko (di bawah ini), pucuk maman, ulam-ulam tradisi seperti kerdas, jering serta petai.

Pucuk beko atau bonglai.

Petai - sejenis ulam kesukaan semua rakyat Malaysia.

Ulam kerdas atau kenuak atau geduak.

Kerdas yang masih berkulit.

Ulam petai - kesukaan semua rakyat Malaysia.

Terung belanda atau terung cawing.

Limau manis tempatan.

Ulam jering atau jengkol.

Buah nam-nam.

Buah salak tempatan.

Buah sentul @ setoi.

Asam gelugur yang telah dikeringkan.

Ikan sepat kering.

Buah ciku atau sawo.

Udang basah pun ada.

Ikan kering dari ikan air tawar.

Sabtu, 2 Januari 2010

Pekan Sahari Changkat Jering

By Idris Talu

Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak En. Bakri Saad, penulis bersama isteri dan dua orang anak pun bertolak balik ke Ipoh. Namun begitu, kami singgah dahulu di Pekan Sahari (Pekan Sari) di Kampung Changkat Jering.

Biasalah, penulis suka mencari sayur-sayur kampung, kuih-kuih yang lama tidak dirasa dan sebagainya. Ihsan dan Ikram jadi jurufoto keluarga Idris Talu. Kalau foto tidak elok, jagalah, jurufoto senior yang tidak bertauliah itu akan beri khutbah panjang tentang fotografi.



Jering muda - perfume no. 1 bilik mandi.

Petai segar - perfume no. 2 bilik mandi.

Cempedak kerdil - baka lama kut....

Cempedak kerdil lagi

Paling kiri - paku rawan, tengah - kaduk, kanan - pucuk paku.

Pisang emas cantik, RM2.50 sekilogram.

Satay pun ada dijual di Changkat Jering.

Ikan masin - nak beli tak boleh tawar.

Nak tawar, rendam dulu dalam air.

Penulis blog dan isteri, teringin kacang tanah rebus.

Penulis dan isteri melihat cara membuat kuih tradisi.

Kuih tradisi.

Lemang dan ketupat.

©idristalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran