TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Buah Mentega atau Diospyros blancoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Mentega atau Diospyros blancoi. Papar semua catatan

Isnin, 1 Ogos 2011

Beza Antara Pisang Kaki Dan Mentega

By Idris Ismail Talu.

Kalau kita lihat sepintas lalu, perbezaan di antara buah mentega @ seralat (diospyros blancoi) dengan buah pisang kaki @ persimmon (diospyros kaki) hanyalah pada warnanya sahaja yang jelas.

Buah mentega @ seralat agak kemerahan warna kulitnya bila cukup masak @ matang, sedangkan pisang kaki agak kekuningan


Buah mentega @ seralat yang cukup masak @ matang, merah menyala warna kulitnya.


Tiga biji buah mentega @ seralat di samping sebuah pisang kaki @ persimmon (yang bewarna kekuningan di sebelah kanan).

Buah mentega @ seralat yang telah dibersihkan dan dipotong empat.

Buah mentega @ seralat yang masak dibelah dua, tanpa dibuang kulitnya.


http://idristalu.blogspot.com/



Ahad, 31 Julai 2011

Buah Mentega atau Seralat

By Idris Ismail Talu.

Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain di Malaysia, namanya ialah buah mentega atau mentiga. Nama saintifiknya ialah “Diospyros blancoi” – merupakan tumbuhan hutan yang sememangnya berasal dari Malaysia.

Rupa buah seralat atau mentega yang cukup matang di pohonnya.

Pokok seralat atau mentega ini semakin sukar ditemui mungkin kerana buahnya kurang digemari. Saiz buahnya yang hampir sebesar kepal tangan manusia normal itu berwarna hijau keperangan semasa ianya muda dan bertukar kemerahan bila hampir matang atau masak.

Rupa buah seralat atau mentega yang cukup matang.

Kulit buahnya mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu miang batang buluh itu – agak menyakitkan jika terkena kulit badan kita. Oleh itu amat elok kita menggunakan sarung tangan apabila memegang buah mentega ini.

Buah seralat atau mentega di pokoknya.

Sebelum mengupas kulit buahnya, elok digosokkan kulit buah itu kepada sabut kelapa atau kain lusuh untuk menghilangkan bulu-bulu halus umpama baldu di sekeliling buahnya. Setelah kulitnya bersih dari bulu yang miang itu, elok juga buah tersebut dibasuh dengan air bersih supaya buah mentega kita lebih sesuai untuk dimakan. Selepas itu barulah dikupas kulitnya.

Rupa pokok seralat atau mentega di sebuah kampung.

Rupa buah seralat atau mentega yang belum matang.

Apabila cukup masak, biasanya buah mentega ini akan gugur sendiri ke tanah. Rasa buahnya yang sudah cukup masak tidaklah berapa manis tetapi agak lemak - hampir sama seperti timun betik atau timun suri. Mungkin kerana itu ianya dinamakan buah mentega. Baunya agak wangi dan sesuai untuk dimakan bersama ice cream.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran