TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Buah Lemba - Curculigo Latifolia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Lemba - Curculigo Latifolia. Papar semua catatan

Isnin, 8 Februari 2010

Lemba - Curculigo Latifolia

By Idris Ismail Talu

Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior lember, atau gaerta amaryllidaceae.

Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar,




Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang (sekitar 30-32cm).

Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. Setiap bunga mempunyai enam kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk buah beri, berwarna putih dan berasa manis jika dimakan.

Gambar ini penulis ambil di halaman rumah adik penulis di Jelebu, Negeri Sembilan.

Sumber: http://agromedia.mardi.my/herba1/lemba.html

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran