ARKIB : 10/04/2012
Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF, fairuz.yusof@utusan.com.my
KUANTAN 9 April - Dasar pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan tidak mempedulikan nasib pelajar miskin yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, melalui dana pendidikan itu, ramai pelajar terbabit berupaya mencapai cita-cita mereka demi mengubah nasib keluarga.
"Tak kan mahu biarkan golongan itu tidak melanjutkan pengajian atas sebab masalah kewangan dan hanya PTPTN sahaja mampu membela mereka.
"PTPTN merupakan satu usaha yang memberi hasil begitu banyak kepada negara sehingga melahirkan golongan berjaya di kalangan anak-anak miskin dan daif membantu orang tua mereka di luar bandar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti disiarkan Utusan Malaysia hari ini dengan menyifatkan pemansuhan PTPTN akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.
Mohd Shafie berkata, mereka tidak boleh membandingkan dasar negara lain untuk melaksanakan pendidikan percuma di negara ini kerana ia perlu diimbangi supaya tidak berlaku keciciran pelajar cemerlang.
"Kita perlu mengimbangi pembangunan pendidikan di peringkat luar bandar dan bandar. Kalau tidak jurangnya besar dan sekiranya dibiarkan ia semakin menebal," katanya.
Beliau memberitahu, dana tersebut bukan hanya untuk golongan bumiputera sahaja kerana kaum-kaum lain turut mendapat manfaat untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Mengenai proses pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, beliau memberitahu, segala keputusan akan ditetapkan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional.
Katanya, calon dipilih nanti bukan sahaja mewakili parti tetapi turut diterima rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa turun padang dan menyelesaikan masalah mereka.
"Bagaimanapun saya menganggap persiapan PRU-13 kali ini cukup baik dan bersedia pada bila-bila masa berbanding pilihan raya umum sebelum ini," jelasnya.
Sumber: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 15 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan ant...
-
Cara menumbuk kebebe Foto ihsan En. Mat Matawai Nenas hijau antara bahan untuk membuat kebebe. Bahan buah -buahan unt...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan