15/04/2012 3:10pm
GAZA 15 April – Misi kemanusiaan Aman Palestin (AP) VIII akhirnya memasuki Semenanjung Gaza selepas 30 jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menyeberang sempadan Rafah selepas melepasi 14 sekatan.
Ketua Pegawai Eksekutif AP, Awang Suffian Awang Piut berkata, walaupun ia sebenarnya satu perjalanan yang panjang tetapi ia berbaloi untuk menunggu apabila pasukan itu disambut pemimpin berpengaruh Gaza yang juga Pengerusi Darul Quran dan Sunnah, Dr. Abdul Rahman Jamal.
“Kami berasa bangga bahawa lawatan kami disambut oleh seorang yang berpengaruh di sini. Kami semua berasa terharu dengan kehadirannya,” katanya dalam satu majlis ringkas yang diadakan selepas memasuki sempadan di sini.
Delegasi 21 rakyat Malaysia itu termasuk ahli perniagaan, para pegawai dan media dengan Muhammad Razique, dua tahun, sebagai anggota sukarelawan termuda.
Misi kemanusiaan AP VIII itu berada di Gaza bagi menyerahkan bekalan perubatan, generator, sebuah stesen penyahgaraman dan bertemu 500 anak yatim yang ditaja AP.
Pasukan itu juga akan melawat beberapa kawasan pertanian dan ternakan di Gaza bagi mewujudkan perniagaan kecil untuk rakyat Palestin di sini yang dikenakan sekatan sejak 2009. – BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan