TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 14 Januari 2011
ICT Lonjak ekonomi
DATUK Seri Najib Razak berkata kadar penembusan jalur lebar Malaysia yang kini mencecah 55.6 peratus, sebaik melepasi sasaran asal 50 peratus akhir tahun lalu tidak akan menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyat jika tidak diikuti dengan aplikasi sebenar dan konkrit yang akan meningkatkan pengeluaran produktiviti.
“Pelbagai kaedah baru penyediaan aplikasi dan perkhidmatan perlu diterokai dan dirintis di seluruh sektor ekonomi,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean ke-10 di Kuala Lumpur semalam.
Katanya, Model Baru Ekonomi (MBE) yang ditambah dengan penambahbaikan berterusan dalam infrastruktur komunikasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia menjadi yang berpendapatan tinggi dan pertumbuhan kualiti untuk tempoh satu dekad akan datang dengan pengetahuan dan inovasi sebagai elemen utamanya. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), katanya, jelas memaparkan peranan utama ICT sebagai asas kepada usaha negara untuk melonjak ke hadapan ke dalam ekonomi berpendapatan tinggi.
“Kemajuan besar di dalam rancangan itu akan menyaksikan ICT mengembang kerana ia mencakupi keseluruhan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.
Di Malaysia, katanya, telekomunikasi dan ICT bertindak sebagai pemboleh bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sejak sedekad yang lalu.
Di kalangan negara anggota Asean, ICT dikenal pasti sebagai satu tonggak ekonomi.
“ICT mempunyai kesan pergandaan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi kerana ia berpotensi menjadikan rantaian bekalan lebih efisien, lebih banyak kerjasama, transaksi kewangan yang lebih pantas, penetapan harga lebih dinamik dan proses lebih telus.
“ICT juga boleh mempercepatkan aliran barangan dan perkhidmatan merentasi sempadan negara, yang disokong daya saing berkesan,” katanya. – Bernama
Source: Harian Metro Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan ant...
-
Cara menumbuk kebebe Foto ihsan En. Mat Matawai Nenas hijau antara bahan untuk membuat kebebe. Bahan buah -buahan unt...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan