KUALA LIPIS 6 Dis. - Kerajaan Pahang berhasrat menjadikan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kampung Kuala Medang, Hulu Jelai dekat sini sebagai salah produk dalam industri agro pelancongan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, TKPM seluas 240 hektar yang dimulakan sejak dua tahun lalu itu berpotensi dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri.
''Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk menyelenggarakan kemudahan lojistik, jalan, saliran dan khidmat bimbingan kepada petani projek TKPM berkenaan.
''Kita juga memperuntukkan tanah seluas antara lapan hingga sembilan hektar masing-masing kepada 23 petani bagi mengusahakan tanaman pisang, nangka madu dan betik secara berkelompok menggunakan teknologi moden," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek TKPM di Kuala Medang hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, Shamsudin Mat Saat dan Pegawai Pertanian Lipis, M. Halimee Mohamad.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, TKPM mengamalkan 'konsep tumpang' apabila Koperasi Kakitangan Bernas Berhad turut mengusahakan projek tanaman sama di kawasan seluas 14 hektar.
Menerusi konsep itu, katanya, petani tempatan berpeluang berkongsi kepakaran, kemahiran dan bimbingan dengan koperasi berkenaan terutama dalam aspek pemasaran.
''Menerusi pendekatan itu, petani dapat meniru kaedah atau amalan pertanian moden yang dilaksanakan koperasi berkenaan bagi meningkatkan hasil pertanian sekali gus menambah pendapatan mereka," katanya.
Wan Rosdy berkata, projek TKPM juga menjadi pemangkin menjana pendapatan petani luar bandar Kuala Medang sekali gus memacu sektor keusahawanan.
''Dengan kaedah pengeluaran makanan bermutu tinggi melalui penggunaan teknologi moden, kita yakin ramai pelancong mahu melihat sendiri teknik dan produk tanaman yang dihasilkan di TKPM," jelasnya.
Kerajaan negeri juga katanya, bersedia memajukan tanah seluas 200 hektar lagi di kawasan berdekatan TKPM untuk projek tanaman sayur sayuran, buah-buahan dan kelapa sawit tidak lama lagi.
''Kerajaan negeri sedang menimbang untuk menaik taraf jalan sejauh tujuh kilometer ke tapak projek TKPM Kuala Medang bagi memudahkan urusan mengangkut hasil keluar ke Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Sungai Koyan dekat sini," katanya.
Sementara itu, M. Halimee berkata, pengeluaran hasil pertama iaitu pisang berangan, pisang sematu dan betik dijangka bakal memberi pulangan sebanyak RM500,000 kepada 23 peserta pada tahun depan.
''Kini sebanyak 3,000 batang pokok pisang mula berbuah manakala Jabatan Pertanian sedang mengusahakan untuk membawa masuk sebanyak 2,500 benih nangka madu untuk ditanam di projek TKPM Kuala Medang," katanya.
Beliau menambah, Jabatan Pertanian Lipis juga sedang giat menyediakan kemudahan asas seperti jalan, setor baja dan benih serta peralatan pertanian dan khidmat bimbingan kepada petani supaya projek itu berjalan lancar.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Isnin, 6 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu Ini bukan dalam cerita arahan Allahyarham P. Ramlee. Ini kampong sebenar di kawasan Kampar, Perak. Nama kampong tersebu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan