12,000 biji kelapa seminggu
Oleh TOREK SULONG, utusankelantan@utusan.com.my
PASIR PUTEH 6 Dis. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan memberi jaminan akan mendapatkan 12,000 biji kelapa setiap minggu dari Indonesia bagi mengekang kenaikan harga bahan tersebut ketika ini.
Timbalan Pengarah FAMA Kelantan, Fauzi Mohamad berkata, kesukaran mendapatkan bekalan kelapa tempatan menyebabkan harganya mencecah RM1.50 sen sebiji dan ia turut memberi kesan kepada kenaikan harga santan segar yang begitu membebankan pengusaha makanan di negeri ini.
Beliau berkata, FAMA sudah menghubungi pembekal kelapa di negara berkenaan selepas mendapati bekalan tempatan berkurangan dan ia bertujuan menampung permintaan serta mengatasi kekurangan bahan masakan utama berasaskan kelapa.
"FAMA akan mengedar kelapa itu ke setiap jajahan terutama kepada pembekal santan kelapa yang kehabisan bekalan sejak sebulan lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini mendapati kenaikan itu amat ketara dan membebankan pengguna kerana sebelum ini harga kelapa adalah sekitar RM1 untuk setiap dua atau tiga biji.
Seorang pengusaha santan kelapa di Pasar Besar Pasir Puteh, Norhayati Ghani, 45, berkata, ekoran kenaikan yang mendadak itu pihaknya terpaksa menaikkan harga santan kepada RM6 berbanding hanya RM4 sekilogram sebelum ini untuk mengelak daripada mengalami kerugian dan "gulung tikar".
"Langkah ini tidak dapat dielakkan disebabkan kami terpaksa membeli daripada FAMA dengan harga RM1.30 sen sebiji berbanding RM0.80 sen sebiji sebelum ini daripada pihak orang tengah yang mendapatkan bekalan dari kampung-kampung," katanya.
Sementara itu, kenaikan itu bagaimanapun disambut baik oleh penduduk kampung dengan menganggapnya sebagai satu rezeki bagi menambah pendapatan pada musim tengkujuh.
Seorang lagi peniaga santan di Cherang Ruku, Mat Zin Ismail, 55, berkata, kesukaran mendapatkan bekalan kelapa turut menyebabkan sebilangan pembekal kelapa turut menjual kelapa yang belum matang kepada pengusaha santan segera.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan peniaga santan terpaksa menanggung kerugian kerana kelapa berkenaan tidak banyak mengeluarkan santan dan tidak berbaloi dengan harga yang dibeli.
Beliau berkata, masalah sebegini sering dialami peniaga santan pada setiap penghujung tahun.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Isnin, 6 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan