Sumber – Utusan Malaysia Online.
KUCHING 8 Nov. - Semua rakyat Sarawak berhak mendapat peluang dan bantuan pendidikan daripada Yayasan Sarawak (YS) dengan keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah di samping berdasarkan kepada pencapaian akademik pelajar.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk skim bantuan pendidikan seperti biasiswa dan pinjaman pelajaran dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat pengajian tinggi.
"Kerajaan ingin melihat melalui pelbagai inisiatif pendidikan, Yayasan Sarawak akan dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan guna tenaga kerja pada masa kini dan akan datang," katanya menggulung perkara-perkara yang dibangkitkan untuk kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 di sini hari ini.
Beliau berkata, peluang mendapatkan bantuan pendidikan juga mengambil kira bidang kursus yang diikuti dengan memberi keutamaan kepada keperluan kritikal negeri Sarawak.
Menurutnya, ia melibatkan kursus seperti kejuruteraan, ukur bahan, ukur tanah dan termasuk pendidikan profesional pasca ijazah oleh Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).
Dalam pada itu, Fatimah berkata, latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia mahir dan separa mahir akan diberi penekanan utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Katanya, keperluan sumber tenaga kerja mengikut pelbagai kategori di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) menjelang 2030 akan melibatkan 43,527 peringkat profesional, 82,094 jurutera dan kumpulan teknikal, 216,881 tenaga kerja separa mahir dan 493,460 tenaga kerja bukan mahir.
Menurut beliau, setakat ini Sarawak mempunyai 78 institusi latihan teknikal dan vokasional yang menawarkan pelbagai bidang latihan teknikal meliputi bidang elektronik, pembuatan, pembinaan, pertanian, penternakan, perladangan dan pelancongan. – BERNAMA
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan