Sumber: Utusan Malaysia Online.
03/11/2010 2:47pm
MEKAH 3 Nov. - Kekerapan hujan dan banjir di Malaysia menjadi perkara biasa tetapi di Mekah hujan merupakan perkara luar biasa dan dianggap rahmat Allah kerana bumi ambia ini jarng sekali menerima hujan.
Cuaca panas di tanah suci Mekah yang mencecah melebihi 41 darjah Celsius sejak dua minggu lepas dikejutkan dengan hujan lebat hampir dua jam petang semalam.
Hujan bermula kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan air melimpahi jalan-jalan di sekitar ibu kota Mekah, Aziziah, Syisya dan beberapa kawasan persekitarannya.
Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang dalam perjalanan ke Syisya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar Mekah menempoh perjalanan dalam hujan lebat disertai petir petang semalam.
Aliran trafik Kota Mekah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran jutaan jemaah haji dari seluruh dunia bagaimanapun tidak terjejas kecuali jemaah-jemaah yang hendak menunaikan solat di Masjidil Haram kelihatan terkandas.
Kota Mekah berdebu berikutan pembangunan pesat sekarang hilang sementara, disebabkan hujan tersebut dan cuaca kembali panas seperti biasa hari ini. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
Muzium Negara Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur. http://www.muziumnegara.gov.my Muzium Adat 196, Jalan Dato’ Umbi, 71600 Kuala Klawang, ...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online . Oleh Hazirah Che Sab, zeehan@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/15 Perjalanan lebih pantas, selesa naik ...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kota Bharu Kelantan, Bandaraya Islam. Bandarnya cantik, ada banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencantikkannya, walau pun begi...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Dalam perjalanan balik dari Seri Manjung ke Ipoh, penulis bersama isteri, singgah di Restoran Roti Segar di Bota. Resto...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
1 ulasan:
Bumi mana yg tidak di timpa hujan...
Catat Ulasan