TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 27 April 2012

Sempena Tahun Melawat Perak 2012 – Masjid Panglima Kinta, Ipoh.


إدريس اسماعیل  تالو ‎
Idris Ismail Talu


Masjid Panglima Kinta ini dikatakan masjid yang pertama dibina di Bandar Ipoh, iaitu di dalam tahun 1898. Dikatakan juga bahan yang digunakan untuk mendirikan masjid ini ialah terdiri daripada batu pejal.

Melihat kepada reka bentuk kubahnya dan keseluruhan masjid ini, ianya kelihatan  menyerupai rupa bentuk masjid-masjid pada zaman kegemilangan dinasti Moghul di India.


Di hadapan masjid Panglima Kinta ini telah juga didirikan sebuah madrasah yang dinamakan Madrasah Kamaliah. Madrasah Kamliah merupakan sebuah sekolah Arab yang pertama diwujudkan di Ipoh.



Di dalam kawasan masjid ini juga terdapat kawasan perkuburan yang dikhaskan hanya untuk kaum kerabat Dato’ Panglima Kinta.



Pengharaman LGBT: Tak perlu fatwa bagi perkara yang jelas


2012/04/27

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam tidak perlu menunggu fatwa untuk mengharamkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana katanya, perkara itu sudah jelas menyalahi hukum agama Islam.

"Fatwa dikeluarkan untuk perkara yang tidak jelas. Ini sangat jelas hukuman kepada golongan peliwat dan zina. Allah turunkan bala kepada kaum Nabi Lut kerana mereka mengadakan hubungan terlarang di antara lelaki dan lelaki," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau yang ditemui selepas merasmikan penyiaran saluran televisyen Al Hijrah menerusi Hypp TV, berkata hukum serupa juga meliputi penyokong dan mereka yang memperjuangkan kumpulan itu.

Sementara itu, mengenai penyiaran Al Hijrah oleh Hypp TV, Jamil Khir berkata Al Hijrah boleh ditonton pelanggan jalur lebar Unifi menerusi saluran 114.

"Daripada statistik yang kita peroleh, siaran Al Hijrah yang berkonsepkan Islam ini mempunyai jumlah penonton teramai dari Jepun, Mesir dan Arab Saudi," katanya.

Ini menunjukkan televisyen itu diminati oleh golongan pelajar Malaysia di luar negara dan membuktikan ia diterima oleh orang muda, katanya. – BERNAMA

Mahkamah perintah BERSIH, orang awam dilarang memasuki Dataran Merdeka


2012/04/27

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, mengeluarkan perintah melarang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka, esok.

Magistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah itu jam 8.30 malam tadi berikutan permohonan yang dibuat pihak polis, kata Ketua Polis Bandaraya, Datuk Mohmad Salleh, hari ini.

Perintah mahkamah itu menghalang penganjur perhimpunan dan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam ini sehingga Isnin.

"Sesiapa yang diberkas kerana mengingkari perintah mahkamah boleh ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya," katanya.

Khamis, 26 April 2012

Sempena Tahun Melawat Perak 2012 – Sekolah Anderson, Ipoh


إدريس اسماعیل  تالو ‎
Idris Ismail Talu


 Asal Sekolah Anderson, Ipoh.

Sekolah ini dibuka dalam tahun 1909, mempunyai enam bilik darjah dengan 52 orang murid. Sekolah Anderson kemudiannya berpindah ke bangunan sekolahnya yang ada sekarang pada tahun 1931.

Selepas itu, bangunan ini dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Pejabat Menteri Besarnya sehingga tahun 1960an.


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran