2011/08/18
KUALA LUMPUR: Pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, kata Naib Canselor Antarabangsa University of East London (UEL) Prof John Shaw.
Beliau berkata, Malaysia mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di negara ini.
"Mereka ke sini kerana yakin akan mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak UEL dengan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini, hari ini.
Pada majlis yang disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu, Picoms diwakili pengerusi eksekutifnya Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad.
Shaw berkata, beliau gembira kerana Malaysia memberi komitmen untuk terus melabur dalam bidang pendidikan dan yakin kerjasama rapat antara Malaysia dan Britain mampu melonjakkan kemajuan bidang pendidikan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.
Mengenai MoU berkenaan, Shaw berkata UEL memilih Picoms kerana rekod cemerlangnya sebagai penyedia pendidikan bioperubatan.
Shaw, yang berpejabat di Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, berkata selain Picoms, UEL juga mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti lain termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menubuhkan pusat kewangan Islam bersama di UiTM dan di kampus UEL di Timur London.
Ahli akademik itu berkata, beliau tidak sabar menunggu kedatangan pelajar Britain untuk melanjutkn pengajian di sini melalui program berkembar.
“UEL mempunyai lebih 28,000 pelajar, 3,500 daripada mereka rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan