TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 31 Mei 2011
Jangan hukum atlit!
Oleh Hussain Said
2011/06/01
Shahidan minta MSN tidak perbesar kesalahan atlit hanya kerana gagal jalani ujian doping
PRESIDEN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim merayu semua pihak supaya jangan menghukum enam atlit yang ‘melarikan diri’ daripada ujian doping Isnin lalu selagi mereka belum dibuktikan bersalah.
“Saya sangat kecewa kerana semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman ke atas atlit terbabit sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Tindakan ini tidak baik dan akan melunturkan semangat atlit yang banyak berkorban untuk negara.
“Malah, atlit lain yang tidak terbabit terjejas dengan publisiti buruk mengenai isu ini hingga ramai yang tidak hadir menjalani latihan. Adakah ini yang MSN mahu lihat?,” soalnya selepas meninjau latihan atlit di Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil, petang semalam. Shahidan juga mengesahkan tiga atlit - Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi - yang dicari MSN selepas ‘menghilangkan diri’ sejak Isnin lalu, kini berada di Bulgaria untuk menjalani latihan.
“Mereka ke Bulgaria atas pembiayaan KOAM, bukannya MSN. Jadi, kita akan menghantar tiga lagi atlit (Yee Yi Leng, Siti Fatimah Mohamad dan Siti Zubaidah Adabi) ke sana secepat mungkin selepas keputusan ujian doping mereka diterima.
“Saya hairan mengapa MSN membuat laporan polis, sepatutnya ibu bapa mereka yang berbuat demikian. Jadi, kalau polis nak siasat, mereka boleh pergi mencari mereka (atlit) di Bulgaria,” katanya.
Shahidan turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan MSN yang lebih suka mengheret media bersama apabila timbul sesuatu isu mengenai KOAM sedangkan ia boleh dibincangkan secara dalaman dan profesional.
“Saya minta Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) hentikan tindakan MSN ini. Jika MSN tidak suka Karim Ibrahim (Timbalan Presiden KOAM), mengapa mereka mahu hukum KOAM,” katanya.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan