Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Ditulis oleh: Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my
Tarikh: 2010/06/29
OUM tubuh pusat pembelajaran berterusan baru di Hungary
UNIVERSITI Terbuka Malaysia (OUM) meluaskan operasinya ke Eropah Timur dengan penubuhan pusat pembelajaran berterusan di Hungary yang dijadual memulakan sesi pengajiannya September ini.
Presidennya, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, berkata permintaan menggalakkan di kalangan lepasan sekolah dan golongan profesional di sana memberi peluang pihaknya mengembangkan operasinya. Beliau berkata, antara pengajian yang ditawarkan ialah sarjana pengurusan perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi serta teknologi rekaan struktur.
Keyakinan mengembangkan operasi katanya, bersandarkan prestasi di beberapa negara lain iaitu di Yemen, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana yang mendapat sambutan menggalakkan.
“Usaha ini membantu OUM mempertingkatkan jaringan antarabangsa bersama penyedia program pengajian tinggi di negara berkenaan.
“Perkembangan ini mencerminkan keupayaan OUM sebagai penyedia program pengajian sepanjang hayat. Kualitinya setanding pendidikan global,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis konvokesyen kelapan OUM di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir sama, Canselornya, Tun Jeanne Abdullah.
Anuwar berkata, pihaknya menyasarkan mengambil sekurang-kurangnya 130,000 pelajar tempatan dan antarabangsa menjelang 2015.
Setakat ini beliau berkata, lebih 20,000 sudah menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian.
Sementara itu pada majlis berkenaan, OUM mengumumkan graduan ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan komunikasi, N Chandran, 30, sebagai penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre of Asia (CEMCA).
Beliau yang juga pelajar terbaik Anugerah Teknologi Maklumat, berkata dia bersyukur kerana pengiktirafan itu satu penghargaan paling berharga buat dirinya.
“Pemberian ini adalah hadiah untuk anak perempuannya yang kini berusia tiga bulan. Kesungguhannya selama empat tahun belajar bersungguh-sungguh akhirnya mencapai kejayaan,” kata juruteknik komputer yang terpaksa mengorbankan sukan kegemarannya iaitu bola sepak semata-mata untuk memberi perhatian dalam pelajaran.
Seorang pembantu tadbir, Rita Rofiza Othman, 29, berkata mendapatkan Diploma Sumber Manusia di OUM membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu meraih kejayaan seperti insan normal.
“Saya bersyukur kerana mendapat tajaan Yayasan Kebajikan Masyarakat selain sokongan keluarga menyuntik semangat untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Rakannya, Thuwaibah Mohamad, 28, yang mengalami kecacatan tangan sejak kecil berkata kekurangan diri tidak menghalangnya meneruskan pengajian.
Penerima Diploma Sumber Manusia itu bercadang menyambung pengajian peringkat lebih tinggi baginya proses pembelajaran begitu menyeronokkan kerana mendapat sokongan pensyarah dan rakan.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kembangoperasi/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan