TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidil 'Adha 1433H



Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijriah,
Penulis sekeluarga
Mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidil ‘Adha
Maaf Zahir dan Bathin.

Isnin, 22 Oktober 2012

KUALA LUMPUR ANTARA 18 BANDARAYA TERBAIK DUNIA



KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kuala Lumpur berada dalam kedudukan lima teratas dua kategori penting perkembangan ekonomi dalam edisi kelima 'Cities of Opportunity,' yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Partnership Bandar Raya New York.

Secara keseluruhannya, kedudukan Kuala Lumpur berada di tangga ke-18, di tengah-tengah kedudukan antara Shanghai dan Beijing.

Dalam rangking 2012, 'Cities of Opportunity" melaporkan yang Kuala Lumpur berada di tempat ketiga di dunia untuk kos rendah dan ke-10 dari segi kemudahan menjalankan perniagaan.

Untuk kategori bandar raya yang berkos rendah, Kuala Lumpur berada di belakang Seoul dan Berlin, tetapi mendahului Istanbul dan Mexico City.

Langkah-langkah petunjuk kos mengukur kos untuk ahli perniagaan yang tinggal di bandar raya termasuk kos transnasional dan cara hidup kelas pertengahan.

Pengarah Eksekutif PwC Advisory Services Malaysia, Andrew Chan Yik Hong berkata, kos rendah Kuala Lumpur dan kemudahan menjalankan perniagaan menjadi titik permulaan transformasi sesebuah bandar sebelum menjadi hab dunia untuk bakat dan daya saing.

 Kuala Lumpur dalam tahun 1940an.

"Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, kita berada di landasan yang baik," kata beliau.

Antara yang memberikan pemarkahan baik untuk Kuala Lumpur ialah kos penginapan perniagaan, kos sewa, indeks harga pengguna dan kadar cukai yang rendah.

Dari segi kemudahan menjalankan perniagaan, Kuala Lumpur terikat dengan San Francisco di nombor 10 dalam petunjuk, di belakang Tokyo dan mendahului bandar raya mesra-perniagaan seperti Sydney dan Seoul.

Kedudukan kukuh Kuala Lumpur dari sudut ini, secara asasnya disokong daripada perlindungan pemegang saham, peraturan pekerja dan dasar visa yang agak fleksibel.

Bandar ini juga berada di tempat keenam dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dan kelima dalam aktiviti pembinaan utama.

Chan berkata, Kuala Lumpur dipilih untuk laporan 'Cities of Opportunity' 2012 kerana ia adalah antara ibu negara Asia paling dinamik dan pesat berkembang sebagai bandar global utama.

Kaji selidik 27 pusat kewangan, perdagangan dan kebudayaan turut mengunjurkan Kuala Lumpur untuk meneruskan pertumbuhannya ke tahun 2025. - BERNAMA


Ahad, 21 Oktober 2012

INDUSTRI BIOTEK PETAI BELALANG BERI IMPAK POSITIF.



Arkib 06/10/2012 2:50pm
 Daun Petai Belalang


KERTIH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penanaman petai belalang atau nama saintifiknya ”Leucaena Leucocephala” mampu memberi impak positif dalam membangunkan industri bioteknologi di Malaysia.

Beliau berkata, tanaman itu merupakan bahan mentah penting dalam menghasilkan biopolimer dan produk biokimia.

"Saya mahu galakkan tanaman petai belalang ini kerana ia merupakan satu bahan mesra alam dan boleh memberi kesan yang baik kepada alam sekitar kita.
 Buah petai belalang.

"Di samping itu, ia boleh memberi satu lagi pilihan kepada petani kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Loji Bio-Metionina dan Tiokimia bersepadu di Taman Biopolimer Kerteh, di sini.

Projek bernilai RM2 bilion yang terletak di kawasan seluas 70 hektar itu merupakan projek kerjasama antara CJ Cheil Jedang dari Korea dan platform tiokimia Arkema dari Perancis, bakal beroperasi pada Disember 2013.

Kemudahan bersepadu itu adalah yang pertama di dunia yang menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan. – BERNAMA





CLICK NOW

Tajuk Kegemaran