TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 19 September 2009
SELAMAT HARI RAYA - Takbir Raya
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pemegang Mohor Majlis Raja-Raja Malaysia, besok (1 Syawal 1430 bersamaan 20 September 2009) ialah Hari Raya Aidil Fitri untuk umat Islam di Malaysia.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita selama ini.
Sebagai meraikan hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama bertakbir hari raya:-
Courtesy - Youtube
Jumaat, 18 September 2009
Taman Herba - Batu Gajah
Berbalik kepada keindahan alam yang sentiasa kita pertahankan, walau setinggi mana pencapaian kita dalam bidang teknologi mahu pun pertanian usaha mengekalkan keindahan alam perlu diteruskan dan dipertahankan.
Usaha kerajaan melalui Jabatan Pertanian Perak mewujudkan Taman Herba Perak di Batu Gajah merupakan suatu idea dan tindakan yang cukup baik.
Penulis sudah berkunjung ke taman ini sedikit masa dahulu, tetapi masih kurang puas hati dengan hasil fotografi yang didapat dari kunjungan tersebut. Walau bagaimana pun penulis berharap para pembaca blog idristalu.blogspot ini dapat bersabar dahulu sehingga kunjungan kali kedua ke Taman Herba Perak di Batu Gajah di masa akan datang.
Di bawah, penulis pamerkan hasil kunjungan pertama ke situ:-










Selamat berkunjung ke taman herba yang terbesar di negeri Perak ini.©IdrisTalu@2009
SELAMAT HARI RAYA
Sempena Hari Raya Aidifitri yang bakal tiba, kita dengarkan sebuah lagu raya yang cukup syahdu nyanyian Aishah (penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan ini)- Pulanglah!
Courtesy of Youtube
Isnin, 14 September 2009
Kamus - Keperluan Bila Membaca
Sudah menjadi kebiasaan bila kita membaca, kita akan berjumpa dengan perkataan yang sukar kita fahami. Di sinilah kita memerlukan sebuah kamus. Sebuah sahaja? Sebuah tentu tidak mencukupi - kita memerlukan banyak kamus untuk memudahkan kita memahami maksud dan kandungan bahan yang kita baca.
Di bawah ini penulis paparkan kamus-kamus yang masih penulis miliki di gubuk buku penulis.



Penulis memohon maaf, ada sebuah kamus di bawah, berkedudukan terbalik.
Coba kita lihat salah satu buku tentang bahasa Melayu di bawah ini yang bertajuk "Gaya Bahasa Sejarah Melayu" yang ditulis oleh Dr Kang Kyong Seock dari Korea Selatan.
Aneh bukan? Seorang Korea boleh mengkaji tentang tulisan "Sejarah Melayu" yang bertulisan jawi, sedangkan ramai di antara kita yang tidak tahu membaca jawi. Kalau di Israel, bahasa yang telah mati dihidupkan, sebaliknya kita, tulisan yang masih hidup kita matikan secara senyap-senyap. Sedih yang teramat sedih.
Berbalik kepada cerita kamus tadi, kini telah banyak muncul pula kamus elektronik atau disebut e-kamus. Pihak pengurusan Open University Malaysia memberikan kemudahan kepada para pelajarnya untuk memiliki e-kamus ini. Jika anda seorang pelajar OUM, sila berhubung dengan pejabat OUM di mana anda belajar untuk membolehkan anda membelinya dengan harga yang amat berpatutan.
©Idristalu@2009
Kelamai dan Kantau - Muncul Semula
Pada 13 September 2009, anak penulis, Angah memberitahu sudah ada orang menjual kelamai di jalanraya persekutuan (jalan lama) antara Gopenhagen (Gopeng) dengan Kampar - dekat Gunung Mesah. Angah sudah belikan sebatang untuk abahnya.
Lepas sembahyang Zohor, 14 September, penulis bersama isteri (bukan is three, sebab penulis punya satu sahaja) pergi melihat-lihat orang Rawa (Rao) berjualan kelamai di sekitar Gunung Mesah. Seperti biasa, kamera "kocik" itu tip-tap, ambil gambar - anak penulis kata, macam Red Indian dapat senapang - asyik nak menembak saja. Bila dia jumpa Red Indian tak tahulah penulis.
Jadi, di bawah ini ialah hasil "pemburuan" penulis mencari kelamai petang tadi.




Yang di dalam bekas pelastik itu ialah isi buah kantau yang telah direbus. Iannya perlu dimasak lagi sebelum boleh dimakan bersama air gula. Air gula perlu dimasak secara berasingan, apabila telah sejuk, baru dicampur dengan buah kantau untuk dimakan.


Inilah "ghopanya" (sebutan orang Perak untuk "rupanya") pokok kantau atau enau dengan buahnya yang bertandan-tandan itu. Sesiapa yang pernah menolong saudara-maranya memproses buah kantau dari buah segar sehingga menjadi seperti yang berada dalam pelastik yang tergantung itu - tahulah kepayahannya atau kesusahannya mengerjakannya.
Kampong Gunung Mesah mempunyai banyak dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, pulasan, langsat, duku, cempedak, nangka dan berbagai jenis buah lagi. Namun begitu sudah banyak dusun (orchard) sudah ditinggal tuannya, kerana merantau ke sana-sini.Pada masa ini, durian di sini sudah mula berbunga. Tiga atau empat bulan lagi, meriah pula kawasan Gunung Mesah ini dengan durian dan buah-buahan lainnya.
Setelah tiba di rumah, penulis buka buluh kulit kelamai tadi. Inilah rupanya isi kelamai yang berada di dalam buluh itu. Warnanya kehitaman.©Idristalu@2009
Sabtu, 12 September 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Ada lebihkurang seminggu lagi kita berpuasa, mungkin Ahad atau Isnin depan, kita akan berhari raya. Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijriah.
Penulis menyusun jari sepuluh, memohon maaf jika dalam tulisan-tulisan atau foto-foto yang penulis paparkan di dalam blog ini, menyinggung perasaan para pembaca sekalian.
Selamat Hari Raya. maaf zahir dan batin.
Khamis, 10 September 2009
Perkahwinan Iqbal & Shima - Part II
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...





























