11/04/2011 5:00pm
BETONG 11 April - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan empurau, sejenis ikan air tawar yang hampir pupus di Sarawak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada majlis perjumpaan pemimpin bersama rakyat di gelanggang futsal pekan Spaoh, kira-kira 50km dari sini, hari ini.
"Ini supaya membolehkan ikan itu bukan sahaja dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak tetapi juga oleh penduduk Semenanjung apabila ia dihasilkan dengan banyaknya kelak,” katanya.
Harga seekor ikan empurau matang seberat tiga kilogram boleh mencecah antara RM2,800 hingga RM3,000. Ikan berkenaan hidup di hulu sungai berair jernih kini hampir pupus disebabkan oleh pencemaran alam sekitar.
Pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 penduduk Spaoh itu, Najib berkata Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan negeri Sarawak, termasuk RM5.7 bilion di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh 2010-2012. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
Ikan Kelah Taman Negara Kuala Tahan
Video ihsan: mgasadmin & Youtube.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu Ini bukan dalam cerita arahan Allahyarham P. Ramlee. Ini kampong sebenar di kawasan Kampar, Perak. Nama kampong tersebu...
1 ulasan:
Catatan tambahan:
Ikan empurau dikenali sebagai ikan kelah di Semenanjung Malaysia.
Ikan empurau juga dikenali sebagai Malaysian Mahseer atau nama saintifiknya Tor tambroides. Harga ikan ini dikatakan sekitar RM450.00 bagi setiap kilogram.
Catat Ulasan