Isnin, 18 April 2011

Gopeng Heritage

By Idris Ismail Talu.

Baru-baru ini, penulis berpeluang meninjau-ninjau di pekan kecil Gopeng - di Selatan bandar Ipoh. Walau pun pekannya agak kecil, tetapi aktiviti penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum itu tetap ceria dan mengasyikkan.

Penulis ternampak sebuah rumah kedai lama yang telah diperbaiki dan diperkemaskan sebagai sebuah muzium mini persendirian. Muzium mini ini diberi nama "Gopeng Heritage."

Banyak barang-barang serta perkakasan penduduk kampung yang agak berusia dipamerkan di "Gopeng Heritage" ini. Penulis kongsikan sebahagian dari peralatan yang dimaksudkan bersama pembaca blog yang budiman.



Lukisan lama serta lampu.



Hiasan tangga serta bilik kediaman.


Set kerusi dan lampu lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan