DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan menyambut ulangtahun keputeraan Baginda yang ke-83, Selasa ini.
Rakyat Perak yang ta’at dan setia kepada PadukaSeri Sultan adalah disarankan untuk mengibarkan bendera Perak di kediaman atau pejabat masing-masing bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah.
Rakyat Perak Darul Ridzuan cukup bertuah kerana dapat bernaung di bawah payung pemerintahan baginda. Kita juga berdoa agar negeri Perak Darul Ridzuan terus maju.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Sultan Perak dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun dipanjangkan umur, dilimpahkan rahmat dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan