إدريس تالو
Idris Talu
Persediaan iftar Ramadhan
رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.
Bazar
Ramadhan di Arena Kuala Kangsar
Inilah bangunan tujuan petang ini.
Seperti biasa, setiap tahun, penulis coba mengunjungi Pasar
Ramadhan Kuala Kangsar di bangunan Arena Kuala Kangsar, di lembah Sungai Perak.
Penulis tiba agak awal, lebihkurang jam 3.30 petang. Masih
ada peniaga yang belum tiba di pasar Ramadhan itu.
Dalam keadaan cuaca agak mendung penulis selesa mengitari kawasan pasar yang bersih ini.
Dalam keadaan cuaca agak mendung penulis selesa mengitari kawasan pasar yang bersih ini.
Kelihatan dalam gambar di bawah, ada peniaga yang baru tiba dengan keretanya, membawa barangan untuk jualannya.
Pembeli belum ramai lagi.
Pihak berkuasa kesihatan daerah juga nampaknya agak sebok
memeriksa agar para peniaga di sini mematuhi piawaian kesihatan untuk kebaikan
pengguna yang berbelanja di situ.
Kelihatan juga beberapa peniaga diberi
penerangan dan panduan kesihatan di atas pentas arena tersebut.
Suasana ceria di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar.
Setakat ini dulu entri tentang Bazar Ramadhan di Arena Kuala Kangsar.
Insya Allah kita sambung besok dengan gambar-gambar yang terbaru.
Selamat bersahur dan selamat berpuasa.
selesa tempatnya ye... bangunan kekal mcm ni.. diluar bulan puasa digunakan utk apa ya tuan?
BalasPadamPuan Madiha,
BalasPadamMemang selesa tempatnya untuk dijadikan Bazar Ramadhan. Setahu saya Batu Gajah juga ada mempunyai bangunan yang serupa tetapi Bazar Ramadhan Batu Gajah dibuat di tempat lain.
Banyak aktiviti masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan dilakukan di sini selain tempat berniaga untuk peniaga-peniaga kecil.
Wassalam.