Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432 Hijriah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Penulis blog “idristalu.blogspot.com” mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432 Hijriyah, Minal ‘ain wal faizin” kepada semua Muslimin dan Muslimat - pembaca blog “idristalu” walau di mana jua anda berada.

Penulis mendoakan keceriaan bersama orang tersayang, kepada semua pembaca di sepanjang masa terutamanya di musim perayaan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Untuk sahabat-sahabat yang berjiran di Brunei Darussalam, Patanni, Singapura, Filipina dan Indonesia (khususnya di Minangkabau), selamat menyambut hari raya aidilfitri – semoga kita sama-sama diberkati Allah jua.

Foto ihsan Google.
Pengunjung idristalu.blogspot dari pelbagai negara.


Kepada sahabat-sahabat yang menyambut hari raya di luar negara – di Riyadh, Jeddah, UK, USA, Belanda, Jepun, Australia dan lain-lainnya, bergembiralah bersama keluarga atau rakan-rakan di sana. Penulis sentiasa ingatkan anda semua.

Akhir kalam, penulis memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa tersilap bicara di dalam penulisan blog ini yang mungkin menyinggung hati dan perasaan anda semua, penulis memohon maaf zahir dan bathin.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Idris

    ‘TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

    Wassalam

    BalasPadam
  2. SELAMAT DAN SALAMI IDILFITRI Tuan Haji. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya aidil fitri, minal aidil walfaizin. maaf diatas sgala terkasar bahasa serta terlanjur bicara sepanjang persahabatan.

    BalasPadam
  4. Wa'alaikumussalam Tuan Haji Rozali,

    Minna wa minkum taqbal ya karim,

    Wassalam.

    BalasPadam
  5. Tuan Haji Hashim
    Yang berada di Lepih,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir dan bathin,
    Wassalam.

    BalasPadam
  6. En. Yassin yang bermukim di Jerantut, Pahang Darul Makmur,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Keh pun gitu juga lah,
    Maaf zahir dan bathin,
    Jika terkasar basa, tersalah cara,
    Semoga ceria bersama keluarga.
    Wassalam.

    BalasPadam