By Idris Ismail Talu.
Sesuai dengan suasana Ramadhan yang mulia ini, makanan yang segar cukup sesuai dengan keperluan badan kita. Oleh kerana itu, kali ini penulis makan sedikit nasi dengan berulamkan kacang panjang yang muda dan batang lambuk atau kemumu mentah dikawankan dengan sambal tempoyak - melilih air liur dibuatnya.
Kalau makan nasi berulamkan ulaman mentah seperti jering,petai, kerdas,bunga keladan, pucuk ulam raja, pucuk selon, pucuk jambu golok dan sambalnya pula sambal tempoyak, sambal belacan dipenyek dengan belimbing buluh masak, budu dan cengcaluk nasinya tak boleh sikit-sikit, Tuan haji. Pendeknya lepas tuh panjang tidurnya.
BalasPadamBetul amat Tuan Haji!
BalasPadamOrang kita dulu-dulu, kalau ke kebun atau ke huma, bawak bekal nasik dengan sambal serta ikan kering saja. Segala macam jenih ulam, pakai kutip saja di dalam kebun - ada pegaga, ada pucuk mata itik, ada pucuk putat, pucuk petai belalang pun boleh dibuat ulam.
Itulah makanan Pak Tani kita dulu kala.