Ahad, 23 Disember 2012

Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Mula Terima Guru Wanita



Sebahagian dari 140 guru wanita kumpulan pertama
mengikuti kursus perguruan di MPSI Tanjung Malim, Perak.
 
 
Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim asalnya dibina untuk melatih bakal-bakal guru yang akan berkhidmat di seluruh negara. Pada asalnya maktab ini hanya mengambil siswa lelaki sahaja.

Tahun 1975 menjadi tahun bersejarah di MPSI. Pada hari Selasa, 21 Januari 1975, kumpulan pertama 140 orang guru perempuan mula menjalani kursus perguruan di maktab ini walau pun mendapat bantahan dari Persatuan Murid Tua MPSI.

Diperkatakan bahawa telah banyak perubahan berlaku di kalangan siswa lama, apabila desas desus kemasukan siswi baru ini. Ramai siswa lelaki yang mula berubah, berpakaian kemas dan tidak berselipar lagi.

1 ulasan:

  1. Salam Pak Idris. UPSI terus kekal sbg pengeluar guru yg terbesar di Malaysia. Kini bil guru wanita mengatasi guru lelaki.
    P.S. TQ krn follow blog lama sy iaitu www.jukdin.com. Blog itu telah ditutup dan kini sy menulis dari jukdin.blogspot.com.

    BalasPadam