Buah nangka muda di pohonnya.
Buah nangka muda memang enak
dibuat sayur. Boleh direbus begitu sahaja, dicicah dengan sambal, dimakan
dengan nasi yang masih panas.
Ramai juga peminat buah
nangka muda suka ianya dibuat gulai lemak dengan ikan masin.
Buah nangka yang telah masak
@ matang memang terkenal. Harga isi nangka masak sekitar RM4.00 hingga RM6.00
sekilogram di pasar.
Rendang nangka muda dengan daging cincang.
Rendang Nangka Muda & Daging
Cincang
(di Selangor disebut daging
tetel).
Kali ini isteri penulis buat
rendang nangka muda dengan daging cincang. Rempah ratusnya sama macam membuat
rendang daging juga. Rasanya memang sedap sebab lemak pada daging cincang@tetel
itu akan mesra dalam rendang.
sedapnyerrr... menelan air liur tgk rendang nangka muda tu... ada nangka muda bolehlah cuba buat rendang pulak..
BalasPadam