Jumaat, 14 September 2012

MUSUH-MUSUH ISLAM BERSEKONGKONG



إدريس تالو
Idris Talu 


Menurut berita yang beredar di dunia maya, pihak pengendali saluran perkongsian video di internet yang menayangkan sedutan filem yang menghina Islam bertegas untuk tidak mengeluarkan sedutan filem tersebut dari salurannya.

Mereka tidak peduli dengan bantahan dari seluruh dunia Islam.

Jika dalam keadaan biasa, ia mudah dikeluarkan, tetapi bila melibatkan agama Islam, amat susah untuk menghentikannya. Ini merupakan bukti nyata bahawa dalam usaha mereka menghina dan memburukkan Islam, mereka bersekongkong.

Ini menunjukkan konspirasi jelas golongan ini terhadap Islam. Terang dan nyata corak dan cara mereka bersatu dalam usaha jahat mereka terhadap Islam. Apakah semua ini tidak membuka mata hati umat Islam untuk bingkas bangun mempertahankan agama suci kita?

Apakah masih ada di kalangan kita yang leka dengan hedonism yang melalaikan, politik yang keterlaluan dengan mengabaikan bidang-bidang lain yang menentukan survival umat seperti keilmuan untuk memperkasakan semula umat Islam di bumi Allah ini?

Kita telah diperingatkan sejak awal kebangkitan Islam lagi bahawa untuk berjaya di dunia, asasnya ialah ilmu, dan untuk berjaya di akhirat juga asasnya ilmu. Sebagaimana cantik pun kita solekkan tong kosong, ianya tetap tong kosong – bunyinya bergema tetapi tidak membawa apa-apa makna untuk kemajuan umat Islam.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan