Khamis, 13 September 2012

FILEM MENGHINA NABI DIBANTAH DI SELURUH DUNIA.



إدريس تالو
Idris Talu 


Pihak-pihak tertentu di Barat nampak berterusan berusaha menghina Islam, baik terhadap agamanya mahu pun ummatnya. Mereka menggunakan sedikit ilmu yang diberi Allah untuk menghina agama suci dari langit itu.


Usaha mereka diteruskan dengan pembuatan film bermutu dan berbajet rendah, untuk menghina peribadi Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para mujahidinnya.

Insya Allah usaha jahat mereka ini tidak akan berjaya. Penghinaan golongan ini sebaliknya menyebabkan berbondong-bondong orang yang diberi hidayah Allah memeluk agama Islam yang suci.

 Bilangan saudara baru yang memeluk agama Islam di Eropah dan Amerika Syarikat merupakan yang tertinggi berbanding dengan agama lain.

Penentangan dari kalangan ummat Islam di serata dunia yang mengecam pembuatan film ini membuak-buak. Paling hebat dilakukan oleh rakyat Mesir dan Libya. Pembaca boleh membacanya disini.

Di tempat-tempat lain juga dilakukan demonstrasi untuk membantah usaha jahat Barat untuk menghina Rasulullah SAW.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan